ONEXOX
BannerFans.com

"Kalau tak suko poie tompek laen, somak la kau ni jang!"

on Tuesday, April 22, 2014

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.

Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.

“Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.

“Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan,” katanya.



Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

“Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.

“Jangan main ikut suka hati kerana negara ini ada undang-undang dan peraturan. Orang yang suka mengutuk kerajaan juga, saya nasihatkan elok berhenti dan jangan berniaga di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Medan Selera Ampangan yang baharu, di sini semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata, bangunan baharu Medan Selera Ampangan yang menelan belanja RM8.7 juta itu bakal menjadi mercu tanda dibanggakan penduduk sekitar kawasan Ampangan dan Seremban.

Beliau turut berharap ia dapat menjadi medan pelancong serta orang ramai untuk menikmati masakan Negeri Sembilan.

“Saya yakin tempat ini bakal menjadi tempat tumpuan orang ramai selepas ia beroperasi sepenuhnya.

“Saya amat berharap peniaga, operator dan orang ramai dapat menjaga kebersihan dan segala kemudahan disediakan," katanya.

Medan Selera Ampangan ini menempatkan 60 unit gerai makanan dan 10 lagi gerai kering seperti jualan suratkhabar, majalah, kraftangan dan lain-lain serta telah dibina mengikut spesifikasi ditentukan.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved