ONEXOX
BannerFans.com

Karpal: Saya hilang sahabat sejati, rakyat hilang wira – Anwar Ibrahim

on Thursday, April 17, 2014

KUALA LUMPUR:Negara telah kehilangan seorang individu yang amat berdedikasi, manakala rakyat Malaysia pula kehilangan seorang pejuang kebebasan yang berani dan mulia.

Demikian pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan lebuh raya dekat Gua Tempurung, Gopeng awal pagi tadi.

“Bidang perundangan telah kehilangan salah seorang pencetus mindanya, dan saya pula telah kehilangan seorang sahabat sejati, yang baik pertuturannya dan mulia dalam perbuatannya,” kata Anwar dalam sebuah kenyataan hari ini.

Katanya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dihadapi beliau oleh pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Sambil menyifatkan Karpal sebagai simbol perjuangan terhadap ketidakadilan, Anwar berkata semangat Karpal tetap akan hadir meskipun jasadnya sudah tiada.

Katanya, berita pemergian Karpal datang bagaikan kilat kerana baru semalam beliau telah berbual panjang dengannya melalui telefon. Anwar juga sempat mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal sejurus mendapat berita tersebut.



“Sekali lagi, Azizah dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak takziah kepada Gurmit Kaur, Gobind, Ram dan seluruh keluarga. Semoga semuanya tabah menghadapi dugaan yang hebat ini,” kata Anwar.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kematian Karpal sebagai satu kehilangan yang melangkaui hal parti dan kerajaan.

“Beliau adalah negarawan yang menjadi ikon keadilan dan keberanian untuk perjuangan menuntut kebenaran. Ketokohan beliau terserlah dalam perjuangan yang tegas membela mereka yang tertindas dan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Secara peribadi, saya amat sedih kerana bukan sahaja kehilangan seorang sahabat, bahkan seorang mentor yang punya keistimewaan dan saya hormati untuk menerima nasihat dan bimbingan.

Kata Azmin, beliau sedih kerana bukan kehilangan seorang sahabat, malah seorang mentor yang punyai keistimewaan dan dihormati untuk menerima nasihat dan bimbingan.

Seperti Anwar, beliau juga amat terkejut apabila menerima berita tragis kematian Karpal dalam kemalangan yang dashyat awal pagi tadi.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.

Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved