Kisah Pak “Aji” depan kedai judi

on Tuesday, April 8, 2014

Ketika memandu di pekan Senawang yang terkenal dengan dua kedai judi sah yang berlesen yang sesak pada petang Ahad saya memerhatikan seorang pakcik usia emas yang memakai kopiah putih sedang duduk di hentian bas depan kedai judi. Pakcik tadi duduk mengadap kedai judi tersebut sedang berborak dengan seorang lelaki.

Saya beritahu pada isteri saya perhatikan gerak geri pakcik tadi, kerana jalan sesak pada waktu itu kereta kami bergerak amat perlahan. Naluri saya yang dah biasa dengan gelagat manusia di pekan Senawang pada hari judi kemungkinan pakcik tadi ada kaitan dengan kedai judi. Mungkin kaki judi akan mendapat khidmat nasihat pakcik tadi untuk meramalkan nombor ekor.



Isteri saya nampak lelaki dan pakcik tadi mengeluarkan kepingan kertas-kertas kecil. Kemudian pakcik tadi menghulurkan duit kepada lelaki tadi, lelaki tadi terus masuk ke kedai judi. Isteri saya amat terperanjat. Pada saya ini perkara biasa, itu belum lagi lelaki Melayu yang masuk kedai judi bawa anak-anak yang kecil, perempuan Melayu masuk kedai judi dan sebagainya.

Tak pasti samada pakcik tadi hendak lelaki tadi tukar duit di kedai judi atau sebaliknya.

Banyak kerja kita semua untuk menyedarkan orang Melayu untuk hindari judi, samada judi dengan lesen sah atau judi tanpa lesen, sama saja, kedua-duanya haram. Nak perang, perangi semua bentuk judi, bukan setakat judi internet.

Tangkapan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Kedai judi berlesan di kawasan majoriti Melayu tak perlu, terutamanya di pekan Rembau. Masjid dan surau masih banyak yang kosong, mati, tiada majlis ilmu.

Marilah kita ajak keluarga dan jiran kita ke masjid untuk solat, majlis ilmu dan sebagainya.

Doakanlah agar mereka yang ketagih judi ini, insaf. Doakanlah pemimpin Islam kita berani untuk tidak mengeluarkan lagi lesen judi dan menarik semula lesen judi di kawasan majoriti Melayu.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved