ONEXOX
BannerFans.com

MH370 - Kos kapal HMAS Success Australia - RM1.67 juta sehari, HMAS Toowoomba - RM1.16 juta sehari

on Saturday, April 5, 2014

Kos pencarian pesawat MH370 tertinggi dalam sejarah dunia selepas 4 minggu kehilangannya.

Kosnya telah melebihi kos mencari  pesawat Air France AF447 sebelum ini memegang rekod paling mahal mencecah US$50 juta (RM163.98).

Ia melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan Lautan Hindi.



The Sydney Morning Herald melaporkan kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Ia telah mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam MH370.

Vietnam sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan yang dipetik The Malaysian Insider melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).





Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved