MH370 – Pesawat China kesan objek putih terapung di kawasan ‘isyarat nadi’

on Sunday, April 6, 2014

Isyarat nadi dikesan kapal peronda China di selatan Lautan Hindi pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua, yang melihat kemungkinan petunjuk ia adalah peranti beacon dari “kotak hitam” pesawat itu di dalam air.

Sebuah pesawat tentera udara China melihat beberapa objek putih terapung di kawasan carian lapor Xinhua lagi.

Menurut laporan AFP pula, objek itu dilihat di permukaan air, kira-kira “90 kilometer dari kawasan pengesanan”.



Pihak berkuasa Australia pula berkata, isyarat seperti itu mungkin “selaras” dengan kotak hitam, tetapi kedua-dua mereka dan Xinhua menegaskan bahawa tiada bukti konklusif bagi mengaitkan isyarat “ping” dengan pesawat MH370.

Satu pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal Haixun 01 memperoleh isyarat “ping” dengan frekuensi 37.5kHz sesaat – sama seperti yang dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur, kata Xinhua.

“Ciri-ciri yang dilaporkan (oleh kapal China) adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat,” kata Ketua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetuai agensi yang menyelaraskan operasi Australia, dalam satu kenyataan.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang,” kata beliau dilapor Reuters dipetik mStar Online.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved