Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir.
“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.
Walaupun kesihatan masih belum mengizinkan, namun Nik Abdul Aziz tetap turun padang bertemu rakyat dan pengikut setia yang tidak jemu ke Medan Ilmu untuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan mahupun pendakwah dari Kelantan sendiri.
Minggu lalu, bekas menteri besar itu bergenang air mata ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka sambil memohon maaf sepanjang memimpin Kelantan selama ini.
Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menyertai jelajah Perhimpunan Reformasi 2.0 ke negeri ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz ketika ceramahnya juga turut menasihati hadirin supaya menanam sikap suka berdoa kepada ALLAH SWT kerana hanya ALLAH SWT yang mampu memberi segala nikmat dan pelbagai kurniaan kehidupan kepada manusia.
“Kita bergantung dengan ALLAH SWT 24 jam, kita perlu banyak berdoa. Doa pula jangan cepat, sebut satu persatu, ibu bapa kena ajar anak-anak, cikgu kena ajar anak murid, malah kerajaan juga kena ajar rakyat bahawa kita semuanya sebenarnya bergantung kepada ALLAH SWT,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment