PDRM & SKMM hipokrit dalam mengambil tindakan kepada facebooker!!

on Monday, April 7, 2014

Semalam saya mengulas pasal pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah bertindak memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini. Sila baca di sini



Seperti dalam artikel berkenaan saya menyokong diambil tindakan kepada mereka yang melampau dalam mengeluar sebarang kenyataan.

Tapi saya kesal sikap PDRM dan juga SKMM yang dilihat sangat tidak profesional dalam menjalankan tugas. Sikap hipokrit sangat ternyata dimana tindakan begitu cepat diambil jika melibatkan pemimpin kerajaan sedangkan langsung tidak membuat sebarang tindakan jika melibatkan pemimpin pembangkang. Walaupun caci maki dan kenyataan sangat buruk serta tidak bermaruah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata pihaknya dengan kerjasama polis Perak, berjaya menahan suspek hasil risikan dan maklumat awam.

Rampas telefon, komputer 

“Pemeriksaan di rumahnya turut merampas sebuah telefon bimbit, komputer riba dan pemacu pena yang dipercayai digunakan suspek ketika memuat naik gambar terbabit.

“Orang ramai diminta tidak menyalahgunakan akaun di laman sosial dengan menyebar berita kurang sahih dan membuat spekulasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.



Bila PDRM nak bertindak kepada facebooker gambar macam ini dan banyak lagi yang lebih mengaibkan??

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved