ONEXOX
BannerFans.com

Perbezaan Ketam Halal Dan Ketam Yang Haram Dimakan

on Tuesday, April 29, 2014



Ketam nipah adalah harus dimakan atau halal. Manakala ketam batu adalah haram dimakan. Kebanyakkan ulamak mengatakan binatang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Hambali mengatakan haram memakan binatang dua alam ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I)



Jom kita lihat apa beza ketam nipah (halal) dan ketam batu (haram) supaya kita tak tersalah beli atau makan.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 27 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Confius - Ketam Nipah Kaki leper untuk renang. Maksudnya masih bukan dua alam?
Confius - Ketam batu tiada kaki leper maksudnya dua alam? kalau tak ada kaki renang, mcmana nak berenang kan? Mesti dia hidup satu alam je di darat sebab tak boleh berenang.

Dua-dua perbezaan still contradict. Cuba ambik ketam nipah sekor, bela jangan masukkan air... sejam sekali just siram je air sikit... Tgk berapa lama dia tahan hidup di daratan........ kalau berhari2, mungkin boleh dikatakan ketam nipah juga boleh hidup dua alam....... Just may be


April 29, 2014 at 12:54 AM
Anonymous said...

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.

2. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....


April 29, 2014 at 1:15 AM
Anonymous said...

Korang ni biol tahap gaban lah. Pemikiran yang parah. Overdozed dgn religion. Taksub dgn cerita dongeng ostat dan tok guru serta fatwa songsang yang bulat bulat dipercayai
sejak berzaman tanpa ada pakai otak.
Cerita cerita ni ada lah dari kepercayaan kaum.pagan dan seterusnya dipalsukan oleh hadis hadis ciptaan manusia.
Allah tak pernah mengharamkan. QURAN tak pernah mengklasifikasikan sebagai haram.
pls lah use a slightest piece of your God given brain.

Allah kata kalau datang satu berita tu, you must verify first bukan taqlid buta...


April 29, 2014 at 6:02 AM
Anonymous said...

haiwan dua alam haram dimakan...ada dalil hadis dan sebagainya...awk kat ats tu bwk le bersabar...Al Quran kan ada, use ur brain also dear..
Pengharaman suatu jenis makanan harus berlandaskan kepada dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Tidak boleh seseorang mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah, maupun sebaliknya tidak boleh seseorang menghalalkan apa yang telah Allah haramkan.
Pengharaman katak atau kodok berdasarkan kepada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.


April 29, 2014 at 6:14 AM
Anonymous said...

hmmm awk anon6.02 ni mesti terlajak pandai kan...bila org bangkang post awk yg kat ats skali pada pukul 12.54 tu awk terus melenting..awk org yg selalu menang..kali ni awk xleh menang..haiwan dua alam mmg haram dimakan... bkn taksub dgn agama, tapi sbb sy ada agama dan sy percaya agama sy memberi kebaikan kepada tubuh sy , makanan sy..jika awk nk mkn ketam batu silakan,,,tiada sapa nak marah haaa.. hahaha


April 29, 2014 at 6:18 AM
Anonymous said...

TQ explaination kat atas pasal ketam nipah ada insang hidup 2 hari tanpa air.

But... ketam batu guna paru2, and agree hidup di darat. adakah ketam batu ini boleh dalam air berminggu2? atau lebih kurang dua hari juga sama mcm ketam nipah.

Seandainya kedua-dua tempoh sama dan keadaan nya sama, kenapa yg nipah halal dan yg batu haram?


sekadar perbincangan sahaja.


April 29, 2014 at 6:25 AM
Anonymous said...

utk menjawap pertanyaan encik anon di atas, encik anon dah tulis ketam batu guna paru2, kita manusia pun guna paru2, adakah kita boleh tinggal lama di dalam air?ye kita boleh menyelam selama 5 minit paling lama tanpa tangki oksigen, tapi adakah kita telah dikatakan hidup dlm air utk 5 minit tu?tentu lah tidak..sama juga dgn ketam batu,kalau pun dia masuk dlm air bkn utk hidup, dan masuk dlm air pun xlama..sbb dia ( ketam batu ) ada paru2 ..ok??


April 29, 2014 at 6:31 AM
Anonymous said...

kita sambung esk ye..dah puas sy tunggu anon 6.02 reply...sy tido dulu..semoga mendapat manfaat..amiiin...assalamualaikum wbt


April 29, 2014 at 6:53 AM
Anon 6:02 said...

Kepada Anon 6:14.
"haiwan dua alam haram dimakan...ada dalil hadis dan sebagainya"... Says who? What Hadis? What is your source? Dalil Quran yang mana satu mengharamkan. Setahu saya makanan yg diharamkan yg jelas Allah detailkan ialah 1.Bangkai 2.Darah yg mengalir 3.Daging Babi 4. Makanan untuk penyembahan selain dari Allah. Adakah kamu mengatakan perkataan Allah tak complete? adakah kamu mengatakan ada tuhan ke dua iaitu Abu daud/Nasaai/Tabrani/Ibn Majah dsb...Muhammad pun tak ajar... I am using my brain dear. I hope you are using yours as well

Allah dah kata aku dah jelaskan dgn terpeinci dalam quran tapi manusia masih berdegil. Allah juga kata ramai sungguh manusia dah tiggalkan quran. Allah dah berjanji jikalau kau membaca quran aku akan turunkan ilmu yang engkau tidak tahu... Saya tak berani mengaharamkan yg Allah kata halal. Siapa kita untuk mempertikaikan Allah's word

Kepada Anon 6:18
Awak kata saya berlagak pandai.... Bukankah ilmu itu hak Allah dan telah ajarkan kpd saya. saya hanya membantu menjelaskan. if you tak setuju than you are challenging God's word.! Kamu kata "saya ada agama", tapi kenapa kamu masih berlandaskan kepada fatwa songsang? atau hadis palsu? How are you going to debate with non muslim if the facts are wrong. how are you to practice as good muslim if you cannot differentiate the teaching from Quran against teaching from FAKE hadtith or cerita tahyul ostat. Sorry for being aggressive...

Muslim needs to wake up. Thre are so many contradicting stories being popularised by tok-tok guru which are NOWHERE found in quran. Kenapa kita tak berfikir. kenapa kita tak memahami quran. Allah tanya banyak kali 'Afalaa taqqiluun" bermaksud adakah kamu tak berfikir? Islam is not being Pak turut but to understand each words of his command

Surah 17:36 "You shall NOT accept any information, unless you verify it for yourself. I have given you the hearing, the eyesight, and the brain, and you are responsible for using them." be a learned Muslim and don't lose your senses..

Pasal KETAM semua orang kelam kelibut..... Makanlah...ketam batu ke, kayuke, king crab ke, semua sedap... Ini baru cerita ketam belum masuk bab HUDUD


April 29, 2014 at 7:54 AM
Anonymous said...

balik ke imam shafie la senang, kalau was2, jangan makan. skrg bukan hidup takde makanan. yg bertengkar ni sbnrnya dah makan and xnak rasa bersalah. mintak pada Allah halal kan makan minum kita sblm ni, and start from now yg was2 tak yah makan. senang hidup. kalau dah darurat jgnkan ketam batu, babi pun bole makan. sekian


April 29, 2014 at 9:16 AM
Anonymous said...

xpelah anon,sy phm semua english yg awk tulis..sy cuma nk jd humble je kat sini..awk dtg lah mengajar kami2 yg kurang ilmu di sini wahai anon 6.02...berdebat ngn org yg xpercaya alim ulama umpama berdebat ngn ateis, syiah dan sbgainya..ulama pewaris nabi...ustz don yg ckp..awk pegilah mkn ketam batu, ketam sungai, ketam nira tuak, mkn jelah..kalo just jd keyboard warrior kat sini, hmmm...u name it..tolong bukak kelas agama, xpon gantikan mufti2 kat mesir yg buat fatwa ketam tu..awk sgt hebat..kalah sy..


April 29, 2014 at 11:54 AM
Anonymous said...

kita semua kalah yob..biorkan lah beliau, kita idak ler layak berdebat dengan beliau yob..bawak bertenang bersabar..dia post english edukesen tu nk tunjuk dia pandai english..kita ni bodoh bebeno nak paham english ye yob, maklom la jakun kampong, xreti english walopon kita ngaji sampai united kingdom..cukup cukup lah tu yob, kome tak payah ler berdebat ngn orang begitu, entah ISLAM ke idak ye yob, pandai main sebat, nanti habis ayat aku dia bantai pulak ye yob.sbb dia jenis xpuas hati orang lawan dia, patut jadi lawyer jelah ye yob beliau..kah3


April 29, 2014 at 12:01 PM
Anonymous said...

sebut Muhammad pun xhormat..patut tambah saw..Muhammad saw.. Allah swt..agknya dia islam liberal yg menolak hudud..biarkanlah dia..kita pulau je org begitu tak perlu berdebatdgn dia..ilmu dia tinggi langit.kita jawap sepatah dia jwp seribu..bkn taraf kita nk bantah dia..lagipun dia keyboard warrior kat sini..biarkan lah dia..dah lama tak beraksi..anon2 lain setuju?


April 29, 2014 at 12:08 PM
Anonymous said...

Anon2 semua,
Anon 12.54 tak ada kaitan ngan anon6.02 ye mintak maaf.

Untuk Anon 6.31, terima kasih sebab dapat tangkap maksud saya.
Ketam Batu bernafas dengan paru2, mcm yg awk ckp, sama mcm manusia. Analogi awk pada konsep yang sama.

Persoalannya, andai konsep yg digunapakai pada konteks pernafasan paru-paru, sepertimana manusia yang menyelam didalam air, kenapa pula ditaksirkan ketam batu sebagai hewan dua alam? Sebab majoriti kehidupan ketam batu di darat dan sesekali di air.

Sekiranya, konteks sistem pernafasan paru-paru ketam batu seumpaman manusia yang sesekali berenang di Air, justeru dihukumkan ketam batu sebagai dua alam, adakah manusia juga dua alam? Tentu tidak kan?

Berbalik kepada ketam nipah pula yang bernafas dengan insang, bermakna majoriti kehidupan ketam nipah di Air, dan sesekali berada di daratan maka dihukumkan sebagai hidupan satu alam dan halal dimakan.
Kenapa pula tidak kepada ketam batu? Sebab ketam batu dan ketam nipah ini adalah vice versa sahaja cara hidupnya. Cuma yang satu itu dihukumkan halal dan satu lagi dihukum haram.

Pembuktian hujah yg dinyatakan pada posting ini sangat lemah dan boleh dipersoalkan. Ok, di tahun2 70an dan 80an dulu ketam nipah dan ketam batu tidak boleh dimakan dan diharamkan. Tetapi, bila ketam nipah dikomersialkan pada zaman year 2000 maka dihukumkan ketam nipah halal dimakan. Adakah hukum ini digubal disebabkan faktor komersial? Tok Ku Paloh (Trg) tidak membenarkan ketam nipah ini di makan.

Ok, ada yg akan kata, kalau mcm tu makan lah katak..... Hukum bagi ketam2 ini adalah tidak sama dengan menghukumkan haramnya makan katak SEBAB 1. KATAK adalah amfibia dari segi sains, bahasa melayunya dua alam lah. 2.kebanyakan katak mempunyai racun 3. Katak mengalami kehidupan dua alam kewujudan, iaitu pertama Alam Berudu dimana fizikal dan kehidupannya adalah sepenuhnya didalam air, kedua alam hidupan katak dimana fizikal dan kehidupannya adalah sepenuhnya nidupan katak. (Adakah ini yang dimaksudkan sebagai dua alam? )


Sekadar perbincangan.. Supaya bersama mendapat manfaat, tapi memang benar siapa nak makan ketam apa sekalipun, sendiri tanggung, but as a muslim, muzakarrah membawa kebaikan...... Kalau tak mahu perbincangan beragama, apa guna mendabik dada mengaku muslim... KAN? :)


April 29, 2014 at 12:12 PM
Anonymous said...

org sama jugak..biarlah beliau mendabik dada kat sini..marilah kita buat solat sunat istikarah sunat hajat..minta perlindungan dari org2 yg ingin menjatuhkan Islam..cakap kencang kat sini hebat la ..sila ganti ustaz2 ustazah2 mufti2 sekalian anda sgt hebat..


April 29, 2014 at 12:30 PM
Anonymous said...

sel2 otak sedang berhubung..anak anak anmum anon2.. aku je minum susu lembu kotak ..wanggey wanggey


April 29, 2014 at 12:33 PM
Anonymous said...

bodoh betul lah yob semua,, berdebat dgn org pandai 6.02 dgn org pandai 12.12,,deme2 tu pandai yob,,ilmu deme2 tinggi,,idok le kite nk lawan ,,kito low profile jelah yob,,walopon kita tahu ip dia berapa dia duk mana ya yob,,ilmu kita low class,, yob ,,kita dah kesan ip dia dari dari tadi sambil tegelak gelak ya yob,,hahahaha kahkahkah , beselah yob budak budak baru nak naik, semua nak dibahan nye


April 29, 2014 at 12:51 PM
Anonymous said...

Lorrr.. Gitu... perlawanan rupenye :)

Tergelak-gelak sebab dapat IP 6.02 ngn 12.12 je?

Dah tau lokasi mana pulak tu..... So? nak wat mende ngn nombor2 tu Yob2 semua..... :)


April 30, 2014 at 1:14 AM
Anonymous said...

True crabs are crustaceans that have a short projecting “tail” or reduced hidden abdomen, while others such as hermit crabs, horseshoe crabs and crab lice, are not true crabs.

ghost crab

Crabs can be found in oceans all over the world, and many crabs in tropical regions live in freshwater and on land. They are usually covered with a thick exoskeleton, and armed with a single pair of claws.

Crabs have gills to extract oxygen from the water like a fish, and do not have lungs. But they can survive for long periods out of water, and some crabs live almost exclusively on land.

They can do this and survive comfortably if their gills are kept moist. The water on the gills will absorb oxygen from the air which can then be used by the gills just like if it was in the ocean.

By finding cool, dark and moist hiding places when on land, they can keep their gills from drying out and avoid predators. Plates around their gills also help seal in moisture and prevent water loss.

Many crabs that live on land also obtain water from their food and surrounding habitat, which they can then store in their blood, bladder and specialized compartments in their bodies.

Crabs love to walk sideways and have complex behavior patterns.


April 30, 2014 at 1:47 AM
Anonymous said...

Kata al-Qadi Ibn al-'Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).


April 30, 2014 at 1:49 AM
Anonymous said...

Bergaduh pasal ketam..masing2 berkeras nak menang,..muhasabah diri,..rujuk Quran n hadis..dan rujuk juga alim ulama yg ada skrg..tak usah la bergaduh nak menang,..jangan disebabkan kamu,kami yg cetek ilmu ini comfius..ada dalil mengatakan ketam nipah tak boleh makan? Kalau ada bawak sini untuk rujukan..ada dalil ketam batu boleh makan? Bawak sini..ada dalil ketam batu tak boleh makan? Bawak sini..islam mudah jangan susah kan..rujuk soalan telor penyu kpd ustaz azhar idrus..ada persamaan,..kenapa telor penyu boleh makan kenapa penyu tak boleh..


April 30, 2014 at 11:50 AM
Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=fctq0SRkAh8&feature=youtube_gdata_player mana dia dalil ketam nipahx boleh makan


April 30, 2014 at 11:59 AM
Anonymous said...

1/3

Hukum Berkaitan ketam Batu
HAIWAN DUA ALAM (AMFIBIA):

Tidak terdapat sebarag dalil yg jelas dan khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hambali.


Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur Rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd haiwan lain yg hidup sepertimana katak - (Ketam Batu adalah antaranya).


August 12, 2014 at 2:25 AM
Anonymous said...

2/3

HIDUPAN LAUT:

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

ASAL SETIAP SESUATU ADALAH HARUS DIMAKAN :

Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendapat haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?


August 12, 2014 at 2:25 AM
Anonymous said...

YANG JIJIK DAN KOTOR :

Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor. Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat di negara lain tidak pula.

KETAM DALAM KATEGORI AMFIBIA,REPTILIA ATA CRUSTASIA?

KETAM NIPAH:
Ketam nipah bukan daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

KETAM BATU:
Ketam batu boleh hidup lama di darat adakah ia bukan crustasia?
Tidak timbul sama ada ketam batu ini crustasia atau amfibia, tetapi lebih kepada uruf dan illat kotor dan jijik berdasarkan hukum memakan katak.

KESIMPULANNYA:

Ketam batu adalah haram kerana :
1. Ketam batu hidup di darat dan diair (dua alam) -walaupun bukan dari kategori amfibia. Ketam batu boleh hidup di darat berbulan-bulan.
2. Ketam batu dikatakan beracun
3. Ketam batu tiada kaki berbentuk pendayung yang menunjukkannya boleh hidup lama dia air
4. Uruf masyarakat di negara kita mengatakan ketam batu adalah kotor & jijik.

*Ketam Nipah/Ketam Nyior/Bangkang/Ketam Lembut adalah halal dimakan

* Ketam bunga (Ketam Laut) adalah halal

* Ketam Kayu?

Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap pada dirinya jijik dan kotor.


August 12, 2014 at 2:26 AM
Md gisam said...

How baout ketam kelapa...? Halal ke haram...???


December 12, 2014 at 11:33 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved