Mangsa, Ngatini Karchin, 50, berkata, ketika kejadian, hampir separuh daripada nasi yang diambil telah habis dimakan sebelum dia menjumpai ulat sepanjang dua sentimeter.
Menurutnya, dia bersama ahli keluarganya turut tergamam dan terkejut selepas melihat ulat seakan ulat sayur di dalam makanannya.
“Biasanya, saya memasak di rumah untuk hidangan makan tengah hari, namun kebetulan pada hari itu salah seorang anak mengajak saya makan di luar. Ketika itu, saya mengambil nasi putih bersama lauk ikan, telur masin, sayur goreng dan turi lemak yang juga menu kegemaran.
“Ketika sedang menjamu selera, tiba-tiba saya terpandang ulat tersebut berhampiran sayur di dalam pinggan. Pada mulanya, saya agak was-was, namun selepas menunjukkan kepada anak dia turut tergamam dan memberitahu ia benar-benar ulat,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, selera yang pada awalnya membuak-buak terus terputus membuatkan tekaknya loya dan hampir muntah.
Menurutnya, sebelum ini dia pernah beberapa kali mengunjungi restoran tersebut, namun tidak pernah berhadapan kejadian seperti itu.
Katanya, diharap insiden tersebut menjadi iktibar kepada peniaga dan pengusaha kedai makan serta restoran agar menitikberatkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
“Bukan niat hati untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun sebagai pengguna, saya berharap agar insiden seumpama ini tidak berulang.
“Tambahan pula, kebersihan perlu diutamakan bagi menarik kedatangan pelanggan ke sesebuah restoran,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Allahai...ulat daun tu mmg biasa kita tgk bagi org perempuan bila menyiang sayur.ulat tu warnanya sama mcm warna sayur dan kaki ulat tu kuat mencengkam permukaan
sayur.bila kita rendam, kdg2 ia payah nk lari atau timbul.bila dimasak,ia akan mati n
timbul.sebagai surirumah..ini fenomena
biasa.bila ulat timbul..kita ambil n buang.ia x
memudaratkan hingga sampai perlu buang
seperiuk sayur.bukan sebesar ulat
beluncas.ianya kecik sgt dan tak perlu nak
bising2..bagitahu tuan kedai dan tuan kedai
minta maaf sambil bersedekah.halalkan
hidangan utk sekeluarga itu.habis cerita.ini
sampai masuk surat khabar.not good
la...islam to islam bisnes.be cool man....from:x kena mengena ngan tokey kedai.hsnya tukang masak rumah shj.tq
April 30, 2014 at 12:25 AM
Post a Comment