ONEXOX
BannerFans.com

Redha masuk neraka, Dr. Asri gesa Erma tarik balik kenyataan

on Friday, April 18, 2014

DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.



“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.

Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya kepada The Rakyat Post.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Klu film tu boleh mendorong erma ke neraka, lebih baik batalkan aje film tu


April 18, 2014 at 3:51 PM
Anonymous said...

Kenyataan org yg riak..ingat neraka tu hape?org sume bkejar cari pahala utk ke syurga..bodoh betul..btol kate dr mazA tu..xperlu nk bkemban sgt ingt org nk tengok ke?lg la elly suriati..lainla klu rozita che wan ke lisa surihani ke bkemban,nk gak tengok.alahai..bile la filem MELAYU nk maju....


April 18, 2014 at 4:45 PM
Anonymous said...

huh..berani nya nak masuk neraka. masuk lh dgn pelakun2 kemban tu skali. syaiton dh brjaya menambah pengikut nya dlm neraka. bangga lh kn keluarkn kenyataan mcm tu..konon hebat..dah semakin dasyat org Islam ni berani mlawan perintah Allah Taala. rasa2nya bleh tahan tk kalau Allah turunkn setitik api neraka d bumi malaysia???


April 18, 2014 at 5:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved