ONEXOX
BannerFans.com

Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah

on Wednesday, April 16, 2014

Semalam, Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, telah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka menerusi akaun facebook miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis.

Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung terkemuka, Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci.

Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda."



Untuk itu, Ustaz Don menyarankan Wardina hadir sendiri ke ceramahnya agar mendapat pencerahan lebih dalam tentang perkara yang dirasakannya musykil, dan bukannya sekadar berpandukan video sekerat-sekerat yang telah diedit.

"Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk."

Dalam pada itu, Ustaz Don turut melahirkan perasaan hairan mengapa wardina memilih golongan pendakwah untuk dihentam sedangkan orang-orang kafir yang menghina Agama Islam di luar sana Wardina hanya mendiamkan diri.

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata: Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah."

Menurut sumber, punca utama Wardina mengkritik Ustaz Don ialah kerana terdapat staf dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, staf itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 14 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Dalam islam mencabut dan mencukur bulu kening itu hukumnya HARAM jika bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah, cantik tak bulu kening wardina???


April 16, 2014 at 9:27 PM
Anonymous said...

kalau bab perselisihan pendapat ni..tak yah la kat public,jaga la maruah masing2..tak kan tak reti nak jaga aib orang..ni dah satu donia pulak jadi penilai dan terbabit..tau la awak tu bekas retis..tak kan nak glamer lagi kottttt


April 17, 2014 at 1:53 AM
Anonymous said...

wardina gila glamour...jealous dgn ustaz don kot...kpd wardina, jgn la riak sgt..tiada manusia yg sempurna


April 17, 2014 at 5:20 AM
Anonymous said...

Wardina jgn riak sgt.....dah rasa perfect sgt ker..


April 17, 2014 at 5:30 AM
Anonymous said...

kalau betul pun ustaz don salah..dia juga saudara islam, tak perlu diaibkan di khalayak ramai. Tambahan pula kita sendiri ilmu cetek jadi malu la sikit nak aibkan saudara islam sendiri secara terang2. Kalau benar2 ikhlas tegur secara peribadi kepada org itu sendiri. Sebab jika kita buat begitu nampak macam kita la yg hati busuk.


April 17, 2014 at 5:58 AM
hambaALLAH said...

tak patut wardina tegur ustaz Don secra terbuka. .kalau btl2 untuk menasihati, biarlah personal. .nanti diri sendri yg malu. .


April 17, 2014 at 6:16 AM
Unknown said...

klu ustaz don salah sekalipun tegurla secara personal pn Wardina oi..cuba org tegur wardina secara terbuka padahal wardina x buat salah pun..wardina bengang tak?so tanya diri sendiri tu yer..boleh tegur bkn x boleh tp tegur la secara elok..selidik dlu betul ke video tu kata bijakkn ...


April 17, 2014 at 6:44 AM
Anonymous said...

perempuan guna emosi, bila komen x guna fakta.
look back your own problem much better than see others person..
gobuih x ompok


April 17, 2014 at 6:47 AM
Minyak Anugerah PakSyed said...

Pade ambe wardina dan ust don masing2 maukan kbaikann... jgnla plk kita dpt dosa dgn buruk sangke pd dia org plk...


April 17, 2014 at 7:14 AM
Anonymous said...

Boleh ada iklan potong bra tunjuk payu dara kt artikel ni pulak.
Taktik yg sgt berkesan!


April 17, 2014 at 4:06 PM
Mazlan said...

Wardina sepatutnya bertemu muka dengan Ustaz Don untuk mendapat kepastian terhadap " Video yang di edit" punca membawa fitnah. Orang upload Video tersebut pun bertanggung jawab kerana memutar belit fakta kerana niat dengki serata membawa fitnah.


April 17, 2014 at 6:49 PM
Anonymous said...

Malu sgt memalukn. Tak salah unt menegur. Tp pastikn cara n saluran betul. Agama islam agama suci. Sucikn hari dan niat, perlu fikir sbelum bertindak terutama melalui kata2. Instgrm/fb/whtsup bkn saluran yg tepat unt menegur terutama juga kalian org yg dikenali.


April 17, 2014 at 8:29 PM
Anonymous said...

Alaa...pedulikan wardina tu. Blaja agama pun tak habis. Harapkan bacaan je. Tak btol2 menuntut sampai ke uni mcm ustad Don. Teruskan perjuangan ustad ye. Satu hari nanti ada petunjuk drNya pada wardina tu. Dia kene ukur dulu ilmu didada dia sblm nak berdebat ngan ustad.


April 18, 2014 at 4:51 AM
Anonymous said...

salam. pelik. wardina nak tegur org bagai, tp kite boleh tgok diri dia sendiri. mekap tebal? membentuk alis kening? adakah itu dibolekan dlm Islam di hadapan ajnabi? haram. berhias biarlah sederhana hanya di hdpn suami. kalau di luar, boleh jadi fitnah. berdosa. wallahualam.


April 18, 2014 at 9:51 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved