Safee Sali Punca Malaysia Seri Dengan Filipina

on Sunday, April 27, 2014

Malaysia mempamerkan aksi hambar selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Kompleks Sukan Cebu City, Filipina, pada Ahad.

Bagaimanapun Harimau Malaya berpeluang untuk meraih kemenangan apabila pertahanan filipina telah melakukan kesilapan bila bola terkena tangan pemain tersebut dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti untuk Malaysia.

Saat manis dan ditunggu tunggu bakal dikecapi pada saat saat akhir perlawanan namun sepakan penalti yang diambil pemain gantian, Mohd Safee Sali pada minit-minit terakhir perlawanan ditepis keluar oleh Deyto. Safee Sali telah mengecewakan seluruh peminat bola sepak yang telah melihat tendangan penalti pemain tersebut cukup lemah dan tidak bermaya malah peminat bola sepak juga dapat membaca pergerakkan safee sali untuk menyepak bola ke arah mana. Apa sudah jadi.

Ramai yang telah mengutuk pemain JDT ini iaitu Safee Sali. Ada yang hilang sabar ingin melihat Jurulatih pasukan negara itu membuang pemain dari JDT itu.



Keputusan tersebut kekal 0 – 0 sehingga tiupan wisel daripada Thoriq.

Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved