ONEXOX
BannerFans.com

Telur rasa masam dari rebusan air kencing sedia untuk dieksport

on Thursday, April 3, 2014

Terdapat pelbagai perubatan tradisional yang pelik-pelik, yang menjadi amalan sesetengan penduduk di China.

Antaranya ialah amalan makan telur ayam yang direbus di dalam air kencing budak lelaki.

Bagi orang luar, ia adalah menjijikkan, namun tidak bagi penduduk Dongyang yang menyifatkan ia sebagai pembuka selera, apatah lagi telur rebusan itu berasa masam.



Pakar masakan dan peminat telur air kencing itu kini cuba mempopularkan resepi berkenaan kepada masyarakat luar.

Sejak beribu tahun yang lalu, amalan makan telur rebusan air kencing ini telah diamalkan penduduk di wilayah Zhejiang itu.

Menurut chef Lu Ming, air kencing berkenaan dikumpulkan daripada sekolah tempatan dan akan dikutip setiap hari.

Telur itu kemudiannya direbus dalam air kencing berkenaan. Pada mulanya direbus dengan kulit telur sekaligus, kemudiannya ditanggalkan telur itu dan direbus semalaman sebelum ia sedia dimakan.

“Telur ini sedap dan sihat. Ia menyembuhkan demam dan memberikan tenaga.





“Kami mahu mengeksport telur ini dan mahu orang di luar China merasai kepelbagaian makanan kami,’’ kata Ming.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved