Video: Remaja lelaki Melayu Maut Dibelasah Menggunakan Topi Keledar

on Wednesday, April 9, 2014

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di Ocean View, Sungai Pinang awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Ameer Mustaqim Naharuddin , 19 tahun dari Jelutong, bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Sains Malaysia (USM) parah dipukul di bahagian kepala menggunakan topi keledar. Dia mati ditempat kejadian



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya dipercayai berada di kawasan tepi pantai sebelum bertembung dengan sekumpulan lelaki yang turut berada di kawasan berkenaan.

“Si mati telah dipukul dengan topi keledar oleh sekumpulan empat hingga lima lelaki. Hasil siasatan, si mati dengan kawannya yang berusia sekitar 16 hingga 19 tahun, pergi ke kawasan sekumpulan lelaki berkumpul.  Tidak lama kemudian si mati telah diserang di bahagian kepala dan kumpulan  yang satu lagi telah melarikan diri dari tempat kejadian. Polis juga menemui beberapa tin arak dan visor  yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.

Kes kini disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di minta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved