ONEXOX
BannerFans.com

Wardina kritik Ustaz Don tidak biadap, kata NGO dipimpin Dr Maza

on Friday, April 18, 2014

Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ) NGO yang dipimpin Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan tindakan selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Ustaz Don, dengan menegaskan Islam tidak melarang umatnya bertanya dan berbincang.

Melalui Ketua pemudanya, Abu Hafiz Salleh Hudin, berkata kenyataan Wardina tersebut bertujuan untuk mendapatkan kepastian.

"Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam.



"Wardina Safiyyah dengan jelas dalam kenyataannya bertanya dengan maksud mendapatkan kepastian terhadap persoalan beliau dan itu tidak sepatutnya dianggap tidak beradab," katanya dipetik The Malaysian Insider.

"Perbincangan ilmiah dan kebebasan memberikan pendapat adalah prinsip yang perlu diangkat dalam masyarakat.

"Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah'," kata Abu Hafiz.

"Adalah tidak wajar untuk melabel sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza sebagai pemecah belah masyarakat dan berbagai gelaran yang tidak sepatutnya," kata Abu Hafiz lagi.

Sebelum ini Wardina mengkritik kandungan ceramah Ustaz Don kerana tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Teguran Wardina tersebut kerana khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.

"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan sunnah. It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina Safiyyah Official Page.


Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved