Waris Mangsa MH370 Berpeluang Dapat RM1.3 juta Seorang

on Saturday, April 5, 2014

Waris 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, berpeluang memperoleh pampasan sehingga RM1.3 juta (AS$400,000) setiap seorang.

Bagaimanapun, jumlah itu boleh diperoleh jika mereka melantik firma perundangan penerbangan untuk mengendalikan tuntutan insurans, berbanding menyerahkannya kepada syarikat penerbangan terbabit.



Ernie R Auliasari, juru perunding syarikat pengurusan tuntutan Asia Pacific Provides Claim Management Services (APCMS), yang berpangkalan di Jakarta, berkata mereka sewajarnya memperoleh pampasan setimpal dengan memfailkan tuntutan secara terus kepada syarikat insurans.

“Jumlah pampasan minimum yang sepatutnya diterima waris adalah AS$400,000. Bagaimanapun, jumlah mungkin berbeza mengikut beberapa kriteria latar belakang penumpang seperti status sosial, bilangan tanggungan dan taraf sosio ekonomi.

“Semua mangsa, termasuk dua penumpang bayi berhak mendapat pampasan insurans, malah jumlahnya mungkin lebih banyak kerana faktor umur,” katanya sambil menambah waris kru penerbangan juga boleh membuat tuntutan menerusi kaedah sama.





Sehubungan itu, waris dinasihat tidak tergesa-gesa menandatangani sebarang dokumen perjanjian, terutama berhubung pelepasan liabiliti, walaupun ada pihak yang menawarkan sejumlah pampasan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved