Tanah suci bagi umat Islam, Kota Mekah kini sekali lagi dilanda hujan lebat sekaligus mengakibatkan banjir besar dan hujan lebat malam semalam.
Situasi seperti ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.
Hujan lebat yang melanda Mekah menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di kota suci itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.
Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment