Menurut sumber seperti dilaporkan Free Malaysia Today, Datuk Razif Abdul Rahman dijangka menasihati istana untuk membubarkan DUN berikutan perkembangan politik terkini.
Sebelum ini tiga ADUN telah keluar dari Umno iaitu bekas MB, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Kini kerusi BN 14, PAS 14, Bebas 3 dan PKR 1 orang.
“Menteri Besar sedang menunggu arahan darti Putrajaya untuk membubarkan DUN,” kata sumber itu kepada FMT.
ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman telah menafikan akan keluar dari Umno.
Menurut Ahmad Said, tiga orang ADUN lagi akan menyebelahi beliau dan jika ia berlaku kerajaan BN akan tumbang.
PAS bermesyuarat berikutan perkembangan terkini di Terengganu.
“Justru itu pilihan terbaik bagi Razif ialah menasihati istana untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment