ONEXOX
BannerFans.com

Hilang ketika mandi laut di Port Dickson

on Saturday, May 17, 2014

Port Dickson: “Ketika berenang dan mandi tadi (semalam), tiba-tiba saya panik apabila terasa kaki tidak jejak ke dasar dan berusaha mengapungkan diri,” kata Mohd Norashraf Norahman, 18, mangsa yang terselamat daripada lemas yang turut menyebabkan seorang rakannya masih hilang di Pantai Batu 1, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kegembiraan dia dan sembilan rakan lain dikejutkan apabila seorang daripada mereka, Syazwan Abdullah, 20, dikhuatiri lemas.

Menurut Mohd Norashraf, air laut hanya separas dada ketika mereka mula-mula mandi dan ketika kejadian mereka langsung tidak menyedari air laut pasang.

“Saya melihat beberapa rakan dalam keadaan tenggelam timbul dan terkapai-kapai sebelum menjerit meminta tolong.

Seorang rakan yang mandi berhampiran kemudian membantu dengan menarik tangan saya.

“Kami naik ke darat dan terus meminta bantuan orang ramai termasuk mendapatkan jaket keselamatan,” katanya.

Menurutnya, mereka adalah ahli Belia 4B dari Kampung Kepis, Kuala Pilah, dan tiba di sini pada jam 10 pagi bagi menyertai Festival Belia Negeri Sembilan 2014 pada sebelah petangnya.

Katanya, sementara menunggu perasmian karnival oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada sebelah petangnya, 10 daripada mereka sepakat untuk mandi di laut.

“Dengan bantuan seorang pengusaha bot pisang, kami menyelamatkan dua lagi rakan yang lemas manakala, Syazwan gagal dikesan,” katanya yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, rakan yang lain segera naik ke darat selepas kejadian itu.

Sementara itu, sehingga jam 6 petang semalam, usaha mengesan mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik masih giat dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

slalunya org x mandi kt batu 1.. klu nk mandi manda kt batu 4 @ batu 8..


May 17, 2014 at 11:25 PM
Anonymous said...

Kat btu 1 xsesuai utk mndi manda..pihak mppd siap psang signboard dilarang mndi lgi kat situ..ermmm


May 18, 2014 at 4:04 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved