ONEXOX
BannerFans.com

Jika Najib Tercegat Di Hadapannya…

on Saturday, May 3, 2014

Jika diperhatikan, terlalu ramai pengomen di media sosial bersikap biadab. Mereka tidak segan silu memaki-hamun. Jika diteliti dari gaya bahasa, biarpun kesat, dipercayai membabitkan majoriti individu berbangsa Melayu.

Melayu, tentunya beragama Islam.

Saya percaya, mereka ini sebenarnya bukan tergolong dalam kelompok bijak berhujah secara rasional. Barangkali mereka berasa amat berpuas hati setiap kali mencatatkan komen menggunakan bahasa kesat di laman sosial. Lazimnya, individu berpelajaran serta berilmu tidak bertindak sebegitu.



1Lebih menarik, sejak mengendalikan blog ini kira-kira 8 tahun lalu, saya perhatikan, mereka juga agak pemalu atau penakut untuk menampilkan identiti diri asli. Gentar sekiranya nama sebenar dan wajah mereka dikenali di alam maya dan berkemungkinan kebiadaban mereka tampilkan bakal dikaitkan dengan keluarga dan kerjaya hakiki.

Kita hanya mampu membalas komen mereka secara profesional, berlandaskan fakta. Sekaligus berharap, sikap mereka berubah dan lebih bijak menghormati individu lain biarpun di alam maya.

Melalui pengamatan sendiri, saya dapati, sebilangan daripada lelaki menulis komen biadab itu tidak langsung berpenampilan bengis. Wajah mereka lembut, jika memijak semut belum tentu serangga itu mati. Kes ini, bukan sahaja membabitkan lelaki malah kebiadaban sebilangan wanita di laman sosial juga setanding.

Berlandaskan kepada perawakan ditampilkan, andai berpeluang bersemuka, belum tentu mereka berani mengangkat muka apatah lagi mengungkapkan kenyataan sama seperti dicatatkan di laman sosial.

Mulut mereka ternyata tidak seberani jari menaip di papan kekunci.

Peliknya, sebaik identiti mereka didedahkan bersama komen biadap dilontarkan, spesis ini terus senyap dan beberapa individu bertindak memadamkan akaun media sosial. Mereka malu, khuatir maruah diri tercalar.

Mahu atau tidak, kita semua terpaksa mengakui, sikap melontar batu sembunyi tangan, kini sudah menjadi virus di laman sosial.

Namun kenyataan itu tidak boleh diapplikasikan kepada lelaki di sebelah kanan di dalam gambar di bawah. Tanpa menyembunyikan identiti diri, dia mempamerkan isyarat lucah. Barangkali dia gagal berfikir panjang dan perlakuannya didorong dek emosi terlampau.

Jika disoal oleh anak kecil atau ibu ayahnya …

“Ayah/Kamu buat apa sebenarnya?”

Apakah agaknya jawaban dia? Jari tengah ayah, gatal?1



Mungkin pembaca blog ini boleh membantu memberikan jawaban jujur kepada soalan berikut.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tercegat di hadapannya pada detik gambar dirakamkan, tergamakkah dia menampilkan aksi biadab itu?

Perhatikan wajah IKON KEBIADABAN ini. Kalau di rumah, silap silap takut bini.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved