Di atas robohnya Kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka, Bersatu padulah segenap baka, Membela hak keadilan pusaka.”
(Syair Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmy Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya tahun 1946 di Melaka)
Surat terbuka ini saya tujukan khas kepada semua saudara seagama dan sebangsa. Ini adalah ungkapan daripada hati ke hati, atas kepercayaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi, bahawa hati orang yang beriman adalah hati yang mulia, yang merdeka kehendaknya, tidak betah dihina bangsanya, pantang dipermainkan agamanya, tinggi cita-cita dan tidak mudah menyerah kalah.
Ketahuilah wahai saudaraku, penjajahan ke atas tanahair bukan menunggu datangnya bala tentera melanggar sempadan negara. Hakikatnya, bangsa yang dijajah adalah bangsa yang kehilangan jati diri, yang terkongkong aspirasinya, terbelenggu kehendaknya, di bumi sendiri. Bangsa yang terjajah adalah bangsa yang membisu membiarkan kedaulatannya dicabul di depan mata.
Sedarlah wahai bangsaku, bahawa tanahair kita kini sedang menghadapi ancaman dan gugatan berterusan, dari segenap penjuru, daripada pelbagai pihak yang beraksi sebagai proksi kepada Yahudi Zionis Evangelis, yang mahu meleburkan jati diri umat dan menguburkan Islam sebagai identiti negara.
Justeru memperjuangkan hak kedaulatan bangsa dan agama kita atas tanah warisan ini adalah satu kewajiban agama, tanggungjawab maruah dan hak semula jadi yang mesti diakui oleh semua.
Wahai saudaraku, merdekakanlah kehendak demi kedaulatan bangsa. Jangan terus dibiarkan bangsa asing memaksa kehendak mereka ke atas kita atau mengekang kemahuan kita. Tinggalkan ketakutan dan tampil nyatakan pendirian. Kita wajib mempertahankan hak kuasa wewenang dalam pembuatan dasar dan penentuan masa depan negara dengan bebas dan merdeka.
Waspadalah dengan permainan musuh. Tuduhan rasis, ekstremis dan seumpamanya adalah serangan psikologi dan minda agar puak pribumi tidak berani untuk bangkit mempertahankan hak mereka. Dengan itu musuh-musuh akan mudah melaksanakan perancangan mereka membaham apa yang masih berbaki.
Mereka mahu bangsa Melayu terus terbelenggu pemikiran dan kehendaknya. Mereka mahu kita terhina melihat agama diperkosa, maruah bangsa dipijak dan negara tergadai dalam keadaan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau hari ini umat Islam dan bangsa Melayu masih teragak-agak, lambat laun bumi tercinta ini akan terlepas daripada genggaman.
Sedarlah, mereka menggula-gulakan orang Islam dengan slogan berkilau, seperti kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan insan. Tidak cukup dengan itu, mereka mengapungkan pegangan agama, lalu diganti dengan piagam hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat.
Apabila umat Islam telah benar-benar menelan umpan, maka puak-puak kapitalis Yahudi menerusi proksi-proksi mereka akan memperkukuhkan kedudukan mencengkam sepenuhnya setiap sendi kekuasaan.
Mereka akan dibentengi oleh puak Islam liberal yang terpedaya dengan janji kemajuan yang menipu, atau dibentengi oleh golongan yang terbelenggu dengan serangan psikologi, sehingga sanggup mempertahankan agenda musuh, biarpun kesucian agama dan maruah bangsa tergadai, atas nama dakwah, toleransi dan keharmonian kaum.
Malangnya, tanpa mereka sedari, segala yang mereka miliki telah hilang daripada pegangan. Waktu mereka memahaminya, tatkala itu tangisan penyesalan sudah tidak berguna lagi.
Saudaramu,
Abdullah Zaik Abdul Rahman
Bandar Baru Bangi
12 Rejab 1435
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment