ONEXOX
BannerFans.com

Aidil Zafuan: Gaji Saya Mampu Bayar Nafkah Anak Anak!

on Sunday, June 15, 2014

Hujung tahun yang lalu Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada mahkamah mengatakan tuntutan nafkah lebih RM5,000 sebulan oleh bekas isterinya Rita Rudaini untuk anak anak sebagai tidak munasabah kerana gajinya bermain bola sepak hanya RM10,000 sebulan.

Baru baru ini, ada khabar mengatakan pemain bola sepak itu kini sudah terjun ke dunia lakonan selepas beberapa gambar beliau di set penggambaran dimuat naik ke Instagram untuk mencari pendapatan tambahan membayar tuntutan Rita Rudaini.

“Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu”

“Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar untuk suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak,” jelas Aidil Zafuan yang diminta mengulas.

Dalam kenyataan sama, Aidil Zafuan berkata beliau enggan mengambil pusing komen komen yang ada di Internet kerana tidak mahu menambahkan pening kepala.

Beliau turut mengakui terlibat dengan satu penggambaran namun enggan mengulas sama ada ia untuk filem, telefilem, drama atau sekadar iklan televisyen.

“Apa-apapun karier sebagai pemain bola sepak diutamakan dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran lain,” tambah Aidil Zafuan yang meminta semua menunggu sidang media.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved