Gambar Carl Wenz yang bertukar-tukar nombor telefon dengan wanita itu kemudiannya telah disebarkan menerusi twitter dan telah dikongsi lebih 2,000 orang.
Sikap mata keranjang Wenz itu menjadikan dia sebagai bahan jenaka dengan ramai pengguna twitter tertanya-tanya sama ada pasangannya akan mengamuk selepas menyaksikan gambar berkenaan.
Namun, Wenz yang sudah berpunya dan mempunyai empat anak itu kemudiannya memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa dia tidak bermain mata dengan wanita tersebut sebaliknya hanya bersikap peramah terutama dengan penduduk di negara yang dilawatinya.
“Wanita dalam gambar itu bertanya kepada saya sama ada dia boleh bergambar dengan saya dan tentulah saya katakan boleh.
“Abangnya merakamkan gambar kami dan sedang membelek gambar itu dalam telefonnya apabila gambar kami dirakamkan,” jawabnya yang cuba mempertahankan diri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment