Umat Islam di negara ini bakal menjalani ibadat puasa dalam keadaan cuaca panas dan kering sepanjang bulan dengan suhu maksimum 36 darjah Celsius.
Dalam musim ini, jumlah hujan akan diterima turut berkurangan sehingga musim ini tamat iaitu September depan sekali gus mengundang keadaan kering. Apa yang dirasai masyarakat negara ini peringkat permulaan musim berkenaan dan keadaan menjadi semakin kering apabila di pertengahan musim kelak
Keadaan itu juga mengakibatkan paras air di empangan berkurangan. Banyak kawasan di ibu negara dan seluruh Malaysia akan mengalami catuan air.
Jika keadaan di Sumatera tidak berubah, kita juga mungkin akan dilanda dengan satu lagi cabaran iaitu jerebu. MasyaAllah.
Kami berharap anda semua bersabar, lagi-lagi mereka yang perlu bekerja diluar pejabat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment