ONEXOX
BannerFans.com

Jamu tetamu kenduri dengan air paya berperisa sirap

on Wednesday, June 4, 2014

Sebuah keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini terpaksa menghidangkan minuman berperisa sirap dengan menggunakan sumber daripada paya air berdekatan kediaman mereka.

Hal ini disebabkan kegagalan pembekal air majlis tersebut iaitu Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghantar air pada hari tersebut.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail, 47, berkata mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Menurut Nik Hassan, keluarganya terpaksa menggunakan air paya kerana sudah tiada sumber bekalan air lain yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa mengunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa mengunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun, saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku,” katanya.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved