Mayat Cristina Omes, 38, dan anak-anaknya, Giulia yang berusia lima tahun dan Gabriele, 20 bulan, ditemui di kediaman mereka di kawasan perumahan di Motta Visconti, dekat Milan.
Kesemua mayat mereka ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa kesan tikaman, menurut beberapa laporan di Itali.
Perunding komputer, Carlo Lissi didakwa melakukan tiga pembunuhan.
Lissi memberitahu penyiasat bahawa dia membunuh isterinya terlebih dahulu diikuti dengan dua anaknya pada lewat malam Sabtu (waktu tempatan).
Dia kemudiannya meninggalkan rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam untuk menonton perlawanan Piala Dunia bersama rakan-rakan.
Menurut sumber polis, dia membuang senjata yang digunakan untuk membunuh isteri dan kedua-dua anaknya di sebuah lubang konkrit ketika dalam perjalanan.
Dia kemudiannya kembali pulang ke rumah selepas pukul 2 pagi untuk ‘mencari’ mayat, dan menghubungi polis.
Peti keselamatan di rumah lelaki itu terbuka dengan sejumlah kecil wang dilaporkan hilang, tetapi pasukan penyiasat memfokuskan motis mengenai pembunuhan bayi itu, sumber memberitahu media Itali.
Kekurangan senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu menyebabkan mereka menolak pembuhan itu disebabkan oleh ibu muda itu yang membunuh diri.
Lissi dikatakan memberitahu polis bahawa dia mengakui melakukan tiga pembunuhan ngeri itu kerana dia menyintai wanita lain.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment