Dua jaringan Robin van Persie dan Arjen Robben, selain gol Stefan de Vrij membantu skuad Oranje menang besar ke atas La Roja, sekali gus membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada pasukan itu pada final Piala Dunia di Afrika Selatan 2010.
Ini adalah kekalahan terbesar kedua dialami Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia selepas dibelasah 6-1 oleh Brazil pada 1950.
Manakala Mexico menundukkan Cameroon 1-0 dalam perlawanan Piala Dunia yang berlangsung di bawah hujan lebat dan dibayangi kesilapan pengadil, sebentar tadi.
Oribe Peralta menjaringkan gol tunggal pada minit ke-61, namun Mexico dianggap tidak bernasib baik gagal menambah jaringan selepas dua gol yang disempurnakan Giovani Dos Santos dibatalkan oleh pengadil yang mendakwa pemain itu sudah ofsaid.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment