ONEXOX
BannerFans.com

Berita Terkini Pesawat TransAsia Terhempas Di Taiwan China

on Wednesday, July 23, 2014

Berita terkini pesawat TransAsia Airways GE222 terhempas di Taiwan China pada 23 Julai 2014. Punca insiden akibat dari cuaca ribut taufan Matmo yang melanda Taiwan menyebabkan cubaan kali kedua pesawat berkenaan untuk melakukan pendaratan cemas gagal sebelum terhempas. Difahamkan, pesawat jenis ATR72-500 terbabit dalam perjalanan dari Kaohsiung menuju ke lapangan terbang Magong di Pulau Penghu Taiwan dan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 7.30 malam. Susulan nahas tersebut, dipercayai 51 penumpang maut manakala 7 lagi cedera parah selepas pesawat terhempas dan terbakar. Menerusi beberapa keping foto yang tersebar, dapat dilihat pesawat berkenaan merempuh kawasan perumahan di Penghu.



Fakta Kes Pesawat TransAsia Terhempas Di Penghu Taiwan

Pesawat sepatutnya berlepas dari Kaohsiung ke lapangan terbang Magong, Penghu pada pukul 4 petang namun ditunda kepada 5.43 malam berikutan cuaca buruk. Kapten telah memohon untuk melakukan pendaratan cemas sebanyak dua kali setelah percubaan pertama gagal. Sekitar pukul 7.30 pm, pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum terhempas dikawasan perumahan daerah Penghu.

Peta Lokasi Pesawat GE222 Terhempas di Penghu



Punca Pesawat Transasia Terhempas Di Pulau Penghu China



Gambar Pesawat Transasia Terhempas Di Penghu, Taiwan China








Spesifikasi Pesawat ATR72-500 Transasia



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved