ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN HATI PELANGGAN YANG DITIPU PUSAT SERVIS AIRCOND DI JENGKA, PAHANG

on Tuesday, July 15, 2014

Lokasi: Bandar Pusat Jengka
Jam: 1.00 petang
Tarikh: 12.7.14

Hari ini betul-betul menguji ketahanan iman aku. Niat murni, bulan baik nak tolong bangsa sendiri berakhir dengan dimarah dan dimaki.

Sebelum ini, aku pernah 'top up' gas aircond di tempat ini. Memang tidak ada masalah, kena caj RM30 je. Tetapi hari ini memang bengkel ini kutip duit raya. Kalau tengok tarikh resit yang sebelum ini, aku pernah isi gas pada bulan April yang lalu di Sungai Besar. Kereta aku memang tidak ada masalah, cuma aku dah lama tak hidupkan. Jadi, gas habis meresap.

Tujuan aku pergi ke kedai ini hanya nak top up gas sahaja. Aku tak kata aircond kereta aku tak sejuk. Aku minta tambah gas saja. Tetapi si pomen handalan ini dengan gaya seorang pahlawan terus cakap kompresor kereta aku dah kong. Jadi, dia pun tanpa usul periksa terus masukkan gas. Tak sampai beberapa saat dia ramp kereta aku sekuat hati. Tiba-tiba dia keluar dan kata,

"Kereta abang kena setting gas ni, dah tak sejuk"

Terus dia matikan enjin kereta. Lepas itu, aku tanya apa sebab kena setting? Bukannya ada masalah aircond pun. Si pomen itu balas,

"Abang pomen ke saya pomen?"

Terkedu aku beb! Dia pun sambung buat kerja, setting aircond kononnya. Lepas itu dia boleh cakap lagi, tadi saya dah masukkan RM40 gas kat dalam, sekarang kena buang balik.

Apa kecelakaan budak ini? Aku minta topup gas je, kenapa dia pergi buang habis gas aircond kereta aku? Masa ini, aku dah marah dah.

"Bro, buat apa ni? Saya suruh top up gasje bukan suruh buang gas."

Dia pun bagi keterangan bodoh sains musibat buku teks mana dia belajar, aku pun tak tahu. Gas menjadi cecair yang mampat khatulistiwa kepelbagaian biodiversiti.

Lepas dia buang gas dan masukkan semula gas dia, dia pusingkan semua punat-punat yang ada. Dalam jangka masa 2 minit, dia test. Dia ramp kereta aku sekuat hati.

"Haa! Kan dah sejuk? Kau tengok ni, paip dah berpeluh."

PERGHHH! Dia memperbodohkan aku macam aku tak lulus PMR. Aku tanya dia berapa kos semua. Aku bajet semuanya RM30 je tapi,

"Alaa.. RM50 jer, setting aircond" katanya.

Setting aircond jadah apa?? Usik apa pun tidak. Aku tanya dia apsal buang gas tadi sedangkan datang nak minta top up gas je. Dia dengan kereknya mengulangi sekali lagi ayat yang sama,

"Aku pomen ke kau pomen?" kata si pomen

"Bang, aku ni bukan bodohlah, aku bukan pakai kereta ni. Kat tempat lain caj RM30 je, kenapa sini sampai RM50?"

Dia balas, "Kalau kau tahu mahal, pergi je la tempat lain. Apsal isi kat sini?"

Fuhh! Ayat brader ni.. dah la sombong, berlagak. Asal aku tanya, nak marah je, suruh aku baca buku. Aku cuma suruh terangkan je pun dah marah. Ada pula nak ajak aku gaduh.

Kepada kawan-kawan yang berdekatan tempat ini, yang mana kenal dengan pekerja yang berlagak ini, elok nasihatkan sikit. Aku tak hairan duit yang kau rembat tu, yang aku nak kau jaga sikit akhlak dan budi pekerti. Bulan puasa pun kau nak aniaya orang.

Hati-hati kawanku semua, biar nampak kita macam bodoh tetapi tak sebodoh yang disangka. Sebarkan agar orang lain tak terkena. Harap mamat pomen yang ada kelulusan oxford dalam bidang ekon ni terbaca dan sedar. - ABU



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Aku pun kna Rm 50 tambah gas


July 16, 2014 at 12:18 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved