Memang satu berita yang amat mengejutkan seluruh Malaysia apabila sekali lagi pesawat MAS terlibat dalam nahas yang amat tragis.
Menurut sumber, satu keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat yang ditembak itu.
Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak.
Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial.
Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah...Aminn.
Adik kepada Ariza juga memberi komen di gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka yang terlibat dalam nahas lewat malam semalam.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment