ONEXOX
BannerFans.com

TIPS MENGHADAPI KEMALANGAN KECIL SEPERTI CDM25

on Wednesday, July 16, 2014



Menjelang musim perayaan biasanya banyak kenderaan di jalanraya. Walaupun pelbagai peringatan diberikan, penguatkuasaan diperketatkan, namun setiap musim perayaan itu kemalangan tetap berlaku juga. Kita semua tahu tiada siapa yang mahu melanggar sesiapa dengan sengaja. Kerana itu ia dipanggil kemalangan (tidak sengaja). Kalau tidak ia akan dipanggil keganasan.

Baru baru ini gempar dengan video kes pergaduhan yang melibatkan keganasan berhampiran plaza tol. Sebuah kereta yang memintas laluan di plaza tol berang dan bertindak memukul cermin kereta yang dipintas hingga pecah dan melukakan isteri pemandu mangsanya. Kini hangat diperkatakan kes keganasan akibat perlanggaran kecil di tempat letak kereta.

Terima kasih kepada mereka yang meminta ulasan dari Warga Prihatin dari insiden kemalangan kecil melibatkan kereta baru warna putih bernombor pendaftaran 2 digit ini. Ingin kami ringkaskan ulasan kami dengan point form. Hujungnya ingin kami kongsikan beberapa pengalaman insiden kemalangan dan tips penting, apa tindakan WAJIB apabila mengalami kemalangan jalanraya.

ULASAN MENGENAI ISU PANAS ‘WANITA KERETA PUTIH’ INI,

1.Wanita ini sudah bertindak keterlaluan bahkan telah melakukan keganasan yang memalukan.
2.Ungkapan-ungkapan tidak bermoral seperti “you are very stupid”.. “look at my plate number”, “ini kereta baru bodohh’ dalam keadaan lelaki itu mengaku tidak sengaja, bahkan berkata.. “I will pay you” … beliau terus mendesak “you pay me 2 thousand now”.. Ini semua menampakkan beliau bangga mampu menempah nombor dua digit dan ingin menunjukkan kekayaan atau siapa dirinya. Apa judgement tuntutan RM2K?
3.Ungkapan mengatakan ‘dia tu Cina’ jelas menampakkan beliau bersikap RACIST dan ASSOBIYAH. Itu bukan sifat seorang MUSLIM. Itu bukan ajaran Islam.
4.Semangat untuk menyambut hari raya dengan kereta baru yang akan terjejas mungkin telah membuatkan beliau amat keciwa. Itu yang telah mempengaruhi emosi wanita ini. Tidak dikira lagi masalah peribadi beliau hari itu. Beliau mungkin merasakan tidak sempat untuk memperbaiki dan meneruskan niat untuk bergaya di hari raya dengan kereta barunya. Sifat bermegah dan menayangkan kemewahan yang meluap-luap sempena menyambut aidilfitri bukan matlamat utama kita.
5.Mengambil kunci kereta UNCLE itu, bahkan menggunakan objek keras memukul kenderaan beliau amat tidak berakhlak sekali, tambahan pula oleh seorang wanita. Ia sudah menjadi satu kes jenayah lain.
6.Kita puji kenyataan Ketua Polis Negara yang akan bertindak terhadap wanita ini. Semuga siasatan dapat dilakukan dengan adil dan saksama, tanpa mengira jantina dan bangsa.
7.Tampilnya DIGI Telecommunication yang sanggup membiayai baikpulih kereta lelaki Warga Emas itu, bahkan kereta wanita itu jika beliau mengakui kesilapannya adalah amat kita puji. Inilah ciri masyarakat yang harus kita cari dan tanamkan pada setiap diri.
8.Terlalu ramai yang memuatnaik video ini namun tidak banyak pelajaran yang dikongsi, malah saling menimbulkan fitnah. Kita boleh upload asalkan niat untuk menyebarkan pelajarannya, menghalang masyarakat agar tidak sekali-kali mengulangi perbuatan yang sama.

PERKONGSIAN PENGALAMAN RPWP NO. 1

Minggu lepas, kenderaan En. Awang, seorang murobbi kami bergesel dengan belakang kereta baru seorang lelaki Cina yang memintas laluan dalam kesesakan. Dari segi undang-undang memang lelaki itu salah. Namun kerana kesuntukan masa untuk masuk ke pejabat, maka Awang tawarkan agar masing masing baiki kereta sendiri sahaja.

Gambar dihantar melalui whatsapp ke unit bengkel RPWP. Kos repair sekitar RM300 – 500 sahaja setiap satu. Malangnya lelaki itu dengan bongkak tetap mahu ke Balai Polis untuk buat repot kerana mahu tuntut insuran katanya.

Kerana itu kami nasihatkan En.Awang untuk buat repot di balai yang sama sebelum 24 jam jika lelaki itu benar-benar berbuat demikian. Alhamdulillah Awang ambil inisiatif untuk telefon balai dan pegawai bertugas (I.O) mengesahkan telah menerima repot dan saman kerana kesalahannya. Pada masa yang sama, pegawai itu nasihatkan Awang tidak perlu buat repot kerana usaha itu membazir sahaja. Mengapa? Nanti kami simpulkan di hujung.

PERKONGSIAN PENGALAMAN RPWP NO. 2

Murobbiah kami terlanggar tepi kereta baru seorang pengurus restoran yang berjiran dengan kami ketika menghantar anak sekolah. Beliau telah mengaku salah dan meminta maaf kepada lelaki jiran kami itu, namun dibalas dengan kata-kata yang kurang menyenangkan. Lapuran bergambar dihantar kepada unit bengkel RPWP untuk dapatkan nasihat melalui Whatsapp.

Kami lihat itu hanya lekuk kecil yang boleh kami baiki sendiri di bengkel kami. Kami jemput mangsa kemalangan itu untuk tawarkan pembaikan percuma jika beliau sudi. Bukan itu sahaja, kami malah tawarkan kereta gantian untuk beliau guna semasa keretanya kami baiki. Malangnya beliau memperlekehkan tawaran kami dengan kata-kata yang mengguris hati.

Kami memang ada kenderaan untuk disewakan dalam usaha mengumpul dana kebajikan rumah ini. Dengan angkuh dia kata kereta kami kereta lama, sedangkan kereta dia baru. Kami cuba pujuk dan beliau terus mendesak untuk dapatkan kereta baru sebagai gantian buat beberapa hari. Akhirnya kami putuskan agar beliau buat lapuran polis dan klaim insuran. Lihat sahaja nanti ada tidak pihak insuran beri beliau kereta baru sebagai ganti.

Keesokannya beliau datang semula dan minta kami teruskan dengan tawaran awal dan beliau akan terima apa sahaja kereta yang kami pinjamkan. Mungkin beliau telah merujuk di mana-mana. Ketika itu, hati kami sudah terlalu terguris dan bertegas akan membuat lapuran polis. Lebih baik kami bayar saman RM300 dan baiki kereta kami sendiri. Untuk beliau?? Ikuti rumusan dihujung nanti.

PERKONGSIAN PENGALAMAN RPWP NO. 3

Murobbiah kami terlanggar pintu kereta seseorang sewaktu berbelanja di pasar borong. Kami katakan yang kami ada bengkel mengecat sendiri dan boleh baiki kereta itu dengan kadar segera. Jika tidak kami sanggup buat repot dan bayar denda atas kelalaian petugas kami. Beliau setuju dan kami repair keretanya. Alhamdulillah beliau amat berpuashati, malah ikut bersedekah kepada anak-anak dan sampai kini jadi saudara kami.

PERKONGSIAN PENGALAMAN RPWP NO. 4

Awal puasa murobbi kami mengalami kerosakan brake kenderaan kami lalu melanggar pintu belakang Toyota Unser di lampu isyarat. Kami mengaku salah dan tawarkan penyelesaian sama dengan kes 3. Siap baikpulih, beliau bukan sahaja amat berpuashati, malah telah menyumbang kepada rumah ini. Kemalangan kecil itu beliau syukuri kerana dapat bertemu dengan keluarga besar ini.

KESIMPULAN

1.Tiada siapa mahukan kemalangan berlaku.
2.Sesuatu yang tidak disengajakan itu bukanlah satu dosa dalam Islam.
3.Apabila berlaku kemalangan kecil bawalah bertenang, ambil gambar apa yang patut, alihkan kenderaan jika ia mengganggu lalulintas, berbincanglah dengan lawan kita secara baik, bertakruf dahulu, ambil butir diri dan kaedah berhubung semula.
4.Yang penting kita kembalikan asbab itu kepada Allah, cari rujukan bagaimana kemalangan itu berlaku dan cuba meredhainya sebagai satu ketentuan, kada’ dan kadar.
5.Jika kita di pihak yang bersalah, langkah pertama ialah segera merendah diri dan memohon maaf. Jangan sekali-kali mulakan pertengkaran dengan menegakkan benang yang basah. Bawa bertenang dan berbincang.
6.Jika kita di pihak yang benar dan lawan kita telah merendah diri mengaku salah, belajarlah saling maaf memaafi.
7.Jangan sekali-kali cuba menyelesaikan satu masalah dengan mencipta masalah yang lain, contohnya memukul kereta atau tubuh lawan. Itu tidak menyelesaikan masalah, malah menambah masalah sedia ada kerana ia sudah menjadi satu kes baru dan kita boleh didakwa.
8.Jika kerosakan berat, tiada siapa mampu keluarkan biaya dan terpaksa menggunakan tuntutan insuran, maka kita wajib buat lapuran polis sebelum 24 jam.
9.Dapatkan pandangan pihak polis dan ikut arahan mereka kerana mereka lebih arif dan biasa menangani kes kes sedemikian.
10.Harus diingat bahawa biasanya Polis akan menyaman atau kompaun kita atas kesalahan lalulintas yang melibatkan kemalangan. Nilainya sekitar RM300-350. Jika kita tiada lesen atau cukai jalan lebih berat lagi.
11.Harus diingat juga bahawa setiap tuntutan insuran akan memakan masa yang amat panjang. Jika ia melibatkan tuntutan THIRD PARTY INSURAN, ia mungkin melibatkan urusan mahkamah antara kedua dua pihak insuran yang terlibat. Itu lebih rumit lagi.
12.Kita juga akan dikenakan pelbagai caj tambahan yang dipanggil yuran ekses dan sebagainya. Jumlahnya tidak kurang dari rm500 – 1500. Itupun jika insuran kita adalah FIRST PARTY.
13.Bonus atau Diskaun Bebas Klaim (NCB) insuran kita juga akan terbatal apabila kita mula membuat tuntutan. Ini amat merugikan kita, khasnya bagi premium insuran FIRST PARTY.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita semua bersimpati kepada lelaki Cina Warga Emas yang sangat berhemah itu. Jika uncle ada membaca artikel ini, ketahuilah kami juga tidak bersetuju malah malu dengan tindakan wanita ini. Mungkin beliau ada masalah tersendiri. Maafkan kami, maafkanlah beliau.

Islam menyarankan agar kita ambil pelajaran dan hikmah dalam menghadapi musibah. Pelajaran utama ialah bagaimana kita mengelakkan kemalangan daripada berulang dengan cara yang sama. Nabi katakan tidak Islam orang yang dipatuk ular 2 kali di lubang dan oleh ular yang sama.

HIKMAH pula merujuk kepada kebijaksanaan kita dalam mematuhi hukum. Kerana itu Hakim itu dipanggil bijaksana. Dalam hal kemalangan ini, jadikan apa yang kami senaraikan di atas sebagai satu pelajaran bagaimana menepati perundangan jalanraya dan bagaimana menyelesaikan urusan kemalangan apabila ia telah berlaku.

Kami nasihatkan agar kita tundukkan ego kita biar sebesar atau semahal mana pun kenderaan kita. Dalam kes 1 dan 2 di atas, pemilik kenderaan telah berlaku sombong lalu kerugian akibat TERPAKSA membayar saman (RM350), Excess Fee (RM500-1,500) dan tanpa kereta gantian. Padahal kos membaiki kerosakan kenderaannya hanya sekitar RM300-500 sahaja. Di manakah untungnya?

Itulah hasilnya jika kita terlalu mengikuti nafsu. Kehendak melebihi keperluan. Berlagak sombong dan berbangga dengan harta benda akan membuatkan kita terjerumus ke lembah paling menghinakan, dan juga kehilangan wang ringgit yang merugikan.

Jika tidak mahu kenderaan baru yang kita beli mengalami eksiden, selimutkan sahaja kenderaan kita di rumah. Lebih baik jalan kaki, naik komuter atau teksi. Itupun kadang kadang berlaku kemalangan juga.


Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved