Melalui laman Micro Proton, http://www.betulbetulonz.com.my mendedahkan beberapa gambar model terbaru dalam dan luar rekabentuk proton Iriz, kereta kompak pertama syarikat itu. Melalui laman tersebut jelas menunjukkan Proton Iris menekankan 2 aspek utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api, namun ditawarkan pada harga mampu milik.
Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Seperti dalam gambar yang didedahkan, Proton Iriz dilengkapi dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan Hill Hold Assist, serta telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment