KPN 'ANJING BN', KHALID ARAH PEMILIK AKAUN TWITTER DISIASAT

on Sunday, August 31, 2014

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) supaya mengambil tindakan terhadap individu yang menghina beliau di laman sosial Twitter.

Dalam Twitter Khalid, beliau meletakkan dua rakaman paparan (screenshot) individu yang menghinanya sebagai ketua polis.

Pada kedua-dua tweet tersebut, Khalid turut menyebut (mention) PCIRC dengan meminta supaya tindakan dapat diambil terhadap dua individu itu.

"PCIRC sila ambil tindakan terhadap orang biadab ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'.

"PCIRC, juga kesan seorang lagi yang biadab ini untuk diambil tindakan," tulis Khalid.

Walaupun punca tidak puas hati individu tersebut tidak jelas, tetapi ia mungkin berkaitan dengan tindakan polis terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang hari ini.

Dalam salah satu tweet Khalid, beliau memaparkan gambar seorang lelaki memanggilnya "anjing BN" manakala seorang lagi menulis "Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia".



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved