KEPRIHATINAN rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu kemanusian yang berlaku di mana sahaja tidak dapat dinafikan lagi.
Ia jelas ditunjukkan apabila mereka tidak kisah untuk menderma atau menyumbang khidmat bakti mereka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Memetik laporan dari Bernama, ekoran dari peperangan rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin baru baru ini; membuka mata semua pihak untuk membantu rakyat di Palestin yang ditindas sejak 8 Julai lalu.
Bantuan demi bantuan dihulur antaranya pungutan derma bagi “Tabung Kemanusian Gaza” yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Persoalannya, adakah begitu mudah rakyat Malaysia mempercayai agen-agen atau apa jua bentuk pertubuhan yang mewakili kutipan tabung Gaza tersebut?
Justeru, saya mewakili penerbitan berita Malaysian Digest turun padang bagi menyiasat akan fenomena sebenar dalam kutipan tabung Gaza.Gambaran sepanjang pemerhatian saya
Pengalaman Wartawan Sendiri
Bagi menyiasat akan isu ini, saya telah menyamar menjadi peminta derma bagi memperolehi simpati daripada orang ramai terhadap kesengsaraan masyarakat di Gaza.
Tujuan penyiasatan ini bukanlah untuk meminta derma tetapi bagi melihat maklum balas orang ramai tehadap kutipan yang saya jalankan.
Dengan berbekalkan sebuah tabung yang disaluti poster kanak-kanak palestin, menjadi pendorong orang ramai bersimpati akan nasib mereka di Semenanjung Gaza itu.
Baru-baru ini, saya memilih lokasi tumpuan umum iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sekitar Masjid Jamek kerana saya percaya lokasi ini merupakan lubuk syurga buat pengemis dan peminta sedekah.
Pada awal pagi kira-kira jam 10, saya cuba berdiri dengan memakai t-shirt dengan berhashtag #IsuppportGaza dan dipadani dengan songkok putih membuatkan orang ramai mempercayai saya mewakili pertubuhan tabung kemanusian Gaza yang sebenarnya.
Namun setelah beberapa minit berlalu, saya mendapati pihak berkuasa tidak kelihatan bagi memantau akan aktiviti saya. Saya tidak melihat pihak Polis mahupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba mendekati saya mahupun memerhati penyamaran saya.
Dan ini memudahkan kerja saya dalam mengutip derma daripada orang ramai. Tahukan anda hanya dalam masa kurang dari 15 minit sahaja, saya mampu mendapat kutipan sebanyak RM80.00.
Saya dapat simpulkan bahawa para penderma yang memberi sumbangan ketika penyiasatan saya terdiri daripada mereka yang berbilang bangsa dan agama.
Jelas isu di Gaza bukanlah isu keagamaan tetapi isu kemanusian yang menjadi tumpuan seluruh dunia.
Setelah 20 minit berlalu, saya didekati oleh seorang warga asing yang berwarganaegara British. Saya tertarik apabila dia menyoal saya mengenai bantuan ini.
Soalannya adalah berbunyi, adakah dana yang dikumpul ini benar-benar sampai ke masyarakat Palestin?
Lantas, saya menyakinkan beliau dengan mengatakan dana ini akan disalurkan kepada pihak yang sebenarnya iaitu ‘Tabung Aman Palestin’.Hanya membalut poster kanak-kanak Palestin mampu meraih simpati orang ramai
Tanpa memikir jauh, beliau menderma sebanyak RM10.00. Lihat, begitu mudah sesiapa sahaja boleh meminta derma dan mengambil kesempatan terhadap nasib-nasib mereka yang menderita di semenanjung Gaza.
Setelah hampir setengah jam saya berdiri dengan memegang tabung Palestin, saya dihalau oleh seorang warga emas lelaki yang menjual minyak wangi tiruan.
Ini berikutan kerana, kehadiran saya tidak disegani beliau apabila orang ramai lebih memilih untuk menderma dari membeli minyak wangi tiruannya yang bagaikan pewangi dicampur dengan air kosong.
Tepat 30 minit masa berlalu, saya tidak dapat apa-apa rintangan mahupun halangan dalam siasatan ini. Akhirnya saya berjaya mengumpul RM150.00 dalam sekelip mata sahaja.
Anda boleh bayangkan jika saya terus berdiri sehingga 8 jam lamanya. Mari kita buat sedikit pengiraan akan pendapatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Dalam setengah jam, rata-rata mereka boleh mengumpul dana sebanyak RM150.00. Kita darabkan dengan 8 jam dan ini membawa kepada RM2400.00 dan sekaligus mereka boleh meraih pendapatan bersih RM72 ribu hanya dalam masa sebulan.
Ini menyebabkan begitu banyak pihak yang kejam bagaikan ‘cendawan tubuh selepas hujan’ yang menjana pendapatan haram ini di mana-mana sahaja.
Setelah itu, saya pulang selepas setengah jam penyiasatan saya kerana tujuan asal adalah bagi merungkai dan membuka mata pengikut setia Malaysian Digest agar berwaspada akan mereka yang bertopengkan syaitan ini.
Kutipan yang saya perolehi telah saya salurkan (bank-in) ke Tabung Aman Palestin yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Ini adalah bukti saya menyalurkan kutipan ke pihak yang benarIni adalah bukti saya menyalurkan kutipan ke pihak yang benar
Bukti resit dari CIMBBukti resit dari CIMB
Sindiket Penipuan Berleluasa, Di Mana Sahaja
Malaysian Digest sangat prihatin akan isu di Gaza dan pada masa yang sama kami di unit berita turut kesali bagi sesetengah pihak yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan mereka di Gaza.
Baru-baru ini satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amal Palestin menerima aduan bahawa ada pihak yang menyalahgunakan nama mereka bagi tujuan yang tidak bermoral ini.
Tabung tersebut biasanya diletakkan di perkarangan masjid-masjid dan beberapa orang ditugaskan untuk menjaga tabung itu samada dari dekat mahupun pemerhatian dari jarak jauh.
Jangan mudah percaya. Ini adalah bukti satu sindiket penipuan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan demi laporan yang menjadi berita utama di dada-dada akhbar mengenai penipuan kutipan derma yang bukan sahaja terhadap Gaza, malah penipuan dari sudut lain.
Antara laporan di dada-dada akhbarAntara laporan di dada-dada akhbar
Antaranya, menurut laporan Harian Metro pada Februari lalu, polis menahan dua orang wanita yang berumur dalam lingkungan 36 tahun yang disyaki meminta derma dengan membuat dokumen palsu untuk membina bangunan surau dan hostel bagi anak-anak yatim di Simpang Pulai.
Polis menganggarkan jumlah kutipan lebih dari RM500 ribu selama 2 tahun mereka beroperasi.
Ini diikuti pula dengan tren hari ini apabila, segelintir mereka yang menggunakan kanak-kanak sebagai modus operandi mereka dalam mencari keuntungan jalan singkat.
Itu apa yang dilaporkan di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Malaysia baru-baru ini.
Dalam laporan yang sama, menurut aduan yang seringkali diterima oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ada kes yang diterima, pihak tersebut mampu meraih kutipan sehingga RM 10 ribu sehari.
‘’Kempen kutipan derma perlu memohon permit polis seperti yang termaktub dalam Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947’’, katanya.
PDRM Pantau Sindiket Kutipan Gaza
Menurut laporan Bernama pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sentiasa memantau aktiviti kutipan Gaza.
Polis sentiasa berusaha dalam membanteras aktiviti haram ini. Ini bukanlah tugas yang mudah kerana begitu banyak pihak yang menjalankan aktiviti tersebut.
Malah menerusi laporan tersebut, penganalisis jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dalam memberi derma kepada peminta derma haram ini yang dipercayai bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur.
“Orang ramai boleh meminta untuk melihat permit mereka terlebih dahulu sebelum memberi derma’’, katanya.
Namun, apabila difikirkan kembali, apakah mungkin setiap penderma meminta untuk melihat permit mereka sebelum memberi derma?
Bagi saya, itu sesuatu yang agak rumit dan mustahil kerana melalui penyiasatan saya, tidak ada seorang pun yang meminta untuk melihat permit ketika saya menjalankan tugasan saya.
Rata-rata mereka haya memberi derma sahaja tanpa cakap banyak atas dasar simpati dan nilai kemanusian.
Niat yang baik harus diiringi dengan langkah yang berwaspada agar bantuan yang diberi sampai ke pihak yang sebenarnya, malah pihak yang tidak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya memanfaatkan keadaan diatas keperitan hidup mereka di Gaza.
Terdahulu, semenanjung Gaza diserang rejim zionis Israel yang setakat ini mengorbankan lebih 2000 jiwa antaranya kanak-kanak dan golongan wanita sejak sebulan lebih yang lalu.
Antara Organisasi Kutipan Gaza Yang Berdaftar
Organisasi
|
Nama Bank
|
Nama Akaun
|
Nombor Akaun
|
AMAN PALESTIN
|
Bank Islam
|
12029010047880
| |
Maybank
|
562263010787
| ||
CIMB
|
8600460353
| ||
Bank Muamalat
|
12070005133717
| ||
RHB Bank
|
21245760004907
| ||
Bank Rakyat
|
220806195922
| ||
AQSA SYARIF
|
Maybank Islamic
|
551575004299
| |
Bank Islam
|
12092010034904
| ||
MERCY Malaysia
|
Maybank
|
MERCY Humanitarian Fund
|
562179504126
|
CIMB
|
MERCY Malaysia
|
14240006561053
| |
RHB Bank
|
Malaysian Medical Relief Society
|
21227300009257
| |
MEDIA PRIMA
|
Maybank
|
Tabung Kemanusiaan Palestin
|
564276510331
|
Viva Palestina Malaysia
|
Maybank
|
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
|
564324601324
|
Nota: Jangan sekali-kala terpengaruh dengan skim yang kononnya menyokong isu-isu menyentuh hal-ehwal nasib malang sesuatu komuniti, atau, seperti penyiasatan di artikel sini, sebuah negara dalam kegawatan. Lapuran ini adalah satu peringatan bahawa walaupun masyarakat Malaysia adalah mereka yang berperihatin, ramai tidak mengesahkan bahawa dana-dana yang dikutip tidak sampai ke komuniti yang amat memerlukan bantuan tersebut. Anda perlu menyemak kelayakan dan kebenaran yang diberi untuk mengumpul dana-dana tersebut sebelum anda membuat derma sedemikian.
Gaza, Doa Kami Bersama Kamu
Laporan Eksklusif Malaysian Digest.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment