LEPASKAN PENUMPANG BAWA OBJEK SEPERTI PISTOL, ANGGOTA DITAHAN

on Saturday, August 30, 2014

Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur 29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi tadi.

“Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau.

Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis.

“Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar baru suspek membuat laporan polis,” katanya.

Mohd Yusoff berkata polis turut berhubung dengan Interpol dari negara pelajar terbabit bagi mengesan identitinya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved