Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.
"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.
Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.
Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.
Pada awal pagi Khamis, sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah banglo mewah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong Selangor bagi menyiasat status hubungannya dengan Alyah.
Dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
Pasangan itu dipercayai bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.
Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.
"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha."
"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.
"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah... haha," ujarnya pula menerusi SMS tersebut.
Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.
Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment