PASANGAN MENGAKU CUBA MEMIPIT LUAR NIKAH

on Wednesday, August 27, 2014

Kuala Terengganu: Seorang duda dan pasangannya masing-masing didenda RM2,900 dan RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, semalam, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, di sini, Mei lalu.

Ahmad Ramdhan Mohamad@Mustaffa, 28, dari Batu Buruk di sini, dan pasangannya, Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, yang baru enam hari bertunang, turut berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dalam bilik sebuah rumah rehat di Tok Jembal, jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menerima maklumat melakukan serbuan terhadap sebuah bilik di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, kira-kira jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu.

Sebaik tiba di premis berkenaan, anggota penguatkuasa mendapati bilik gelap sebelum mengetuk pintu dan memberi salam.

Bagaimanapun selepas tiga minit, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka menyebabkan anggota penguatkuasa masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.

Pemeriksaan menemui seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang berkunci dari dalam sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala manakala seluarnya ada di penyidai bilik air itu.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved