Rahsia Untuk Memilih Suami Yang Terbaik
Memilih suami adalah hal yang sangat sensitif bagi setiap wanita. Pada umumnya, wanita memilih lelaki yang tampan, mapan, kaya-raya, berasal dari keluarga yang terhormat, berpendidikan tinggi, mempunyai pekerjaan tetap, kepimpinan dan terkenal. Semua tu adalah kriteria dunia yang akan habis dan lekang oleh waktu. Bahkan jika Allah berkehendak, semua itu akan hilang dalam sekelip mata.
Sebaliknya, lelaki soleh adalah pendamping sejati di dunia dan akhirat. Lelaki soleh akan membimbing kita *Kaum Hawa* menuju ke jalan Allah. Ia merupakan suami yang paling bertanggungjawab dan paling menjaga hak-hak isteri dan anak-anaknya.
Lelaki yang soleh akan menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Lelaki soleh akan menjaga isteri dan anak-anaknya dari kemaksiatan yang menjerumuskan ke dalam api neraka. Allah berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…..”
(At-Tahrim[66]: 6)
Lelaki soleh adalah, mereka yang hanya taat pada Allah dan Rasul-Nya. Sehingga mereka adalah lelaki yang selalu diredhai Allah dalam setiap geraknya. Ia adalah lelaki yang sabar pada waktu tertimpa musibah dan selalu bersyukur dalam setiap keadaan dan ia layak digelarkan lelaki yang sangat istimewa.
Memang tidak mudah untuk mencari lelaki yang soleh pada zaman sekarang tapi ia harus tetap dicari kerana mereka adalah suami yang tidak lekang oleh waktu. Meskipun susah, kita *Kaum Hawa* boleh mendapatkan lelaki yang soleh untuk menjadi pembimbing ke jalan Allah. Allah telah menggariskan bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Firman Allah s.w.t :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….”
(An-Nur [24]: 26)
Oleh sebab itu, berhati hatilah memilih pasangan hidup. Jalan yang terbaik, berdoa kepada Allah supaya diberikan pertunjuk. Semoga kita semua menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment