REBECCA NUR ISLAM AMBIL 5 BERADIK YATIM PIATU SEBAGAI ANAK ANGKAT

on Friday, August 29, 2014

INGATKAH lagi anda dengan kisah malang yang menerima lima beradik di Cheras yang menjadi yatim-piatu sekelip mata apabila kedua ibu-bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya pada Mei lalu?

Ternyata Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3, tidak dibiarkan terkapai-kapai dengan adanya bantuan berterusan daripada keluarga terdekat dan orang ramai.

Lebih menggembirakan, mereka turut diambil sebagai anak angkat oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman.

Menerusi Harian Metro, dia memberitahu, ketika membaca berita kemalangan itu, dia berusaha banyak kali untuk menghubungi ibu saudara lima beradik itu sebelum dapat bercakap dengannya.

“Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

“Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de­ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Rebecca turut menasihatkan lima beradik itu supaya meneruskan persekolahan kerana hanya pelajaran sahaja yang dapat mengubah kehidupan mereka dan dia serta suami sedia membantu dari segi kewangan.

“Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya mengambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me­ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya,” katanya.

Kami ‘salute’ dengan selebriti yang tidak lokek dalam berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan bantuan seperti anak-anak ini.

Sebabnya, sebanyak mana pun harta, semuanya tetap milik Allah S.W.T, tak gitu?



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved