ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Seorang Isteri & Madunya Berkongsi Kasih

on Tuesday, September 23, 2014



Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse , tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat , body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman ok la kut) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani (bukan nama sebenar)

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bah kan dua kali ganda pelik, kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, kak Nani sambut dgn senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikankedua- duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami kak Nani!..., telah ku sematkan dihati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.

Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!

Nota kaki: cerita ini langsung xde niat nk mengkondem lelaki2 yang poligami, tak dinafikan ada suami yang berpoligami namun berjaya mengemudi rumahtangga dgn bahagia dan adil, namun ada jgk yang jadi kisah macam di atas ni....so, what say you?

Nota Kaki: Patutlah Kak Nani seronok suami dia kahwin lain. Hahaha!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved