ONEXOX
BannerFans.com

Anwar Ibrahim bukan Nelson Mendela

on Wednesday, October 29, 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang rayuan Anwar Ibrahim atas hukuman penjara lima tahun pada 28 – 29/10/2014 berbagai siri program meraih sokongan rakyat telah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim diseluruh pelosok negara. Kemuncak kepada provokasi rakyat berdasarkan laporan portal berita Asamboi.my adalah acara meruntuhkan pintu pagar Universiti Malaya untuk sessi pidato Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memilih Universiti Malaya sebagai puncak provokasi kerana disinilah segalanya bermula.



Ramai sahabat-sahabat yang bertanya kenapa aku begitu marah kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya aku tidak marah tetapi kesian dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang sudah lari daripada landasannya. Kesian kerana aku ada pengalaman sendiri berada dalam pasukan yang merawat kes Arsenik dan berkawan dengan pembantu-pembantu rahsia Anwar. Sejak 1998 Anwar Ibrahim telah mengubah lanskap politik Malaysia tidak disangkal ada kebaikannya tetapi banyak juga buruknya. Perkataan kerajaan ZALIM bermain dibibir untuk mempengaruhi anak muda berjiwa panas tanpa mereka sedar bahawa ZALIM juga menjadi permainan politik Anwar.

ALLAH telah membuka pintu hati ramai pemimpin yang dahulunya bersama Anwar tetapi kini berduyun-duyun meninggalkan beliau. Mereka tidak meninggalkan Anwar tanpa sebab lihat sahaja polimik politik Selangor bagaimana Anwar bermain politik kotor. Semua melihat seakan-akan Anwar ingin melantik Wan Azizah menjadi MB tetapi sebenarnya strategi liciknya adalah melantik orang kanannya Azmin sebagai MB Selangor. Wan Azizah dan Azmin Ali bukan dari khemah yang sama tetapi Anwar tahu cadangan melantik Wan Azizah pasti akan ditolak oleh Sultan. Politik Anwar memang licik atas laungan perjuangan demokrasi dan menolak kezaliman. Anwar akan memancong lumat pemimpin yang tidak menyokong perjuangan peribadi beliau seperti Khalid Ibrahim walau sebagus mana mereka.



Dahulu memang ramai rakyat yang takut untuk menentang Anwar kerana akan dikutuk habis-habisan disosial media oleh penyokong fanatik Pakatan tetapi tidak sekarang. Rakyat sudah terbuka mengkritik politik Anwar yang tidak memberi manafaat kepada negara tetapi hanya kepentingan peribadi. Perjuangan Anwar Ibrahim bukan berlandaskan Islam telah menghasilkan Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dan ramai lagi pemimpin muda yang kurang ajar sebagaimana kurang ajarnya Anwar Ibrahim sejak dari zaman Universiti dahulu. Mereka meniru gaya politik Hisyamuddin Rais yang lari keluar negara setelah membuat onar di negara sendiri.



Anwar Ibrahim memang kelihatan dizalimi tetapi bagi yang membuka pintu hatinya luas-luas pasti akan melihat sebenarnya Anwar Ibrahim menzalimi diri sendiri dengan menyeret keluarga dan menggunakan penyokong tegar yang tidak tahu hujung pangkal. Jumlah penyokong yang datang setiap kali program Anwar sudah jauh berkurang berbanding dulu-dulu. Sejarah akan membuktikan Anwar Ibrahim bukan watak perjuang sebenar terlalu jauh untuk jadi seperti Nelson Mandela.



Kalau 10 tahun dulu tidak ramai yang berani mengkritik perjuangan Anwar tapi sekarang tidak lagi …

Sean Tallien D’proefficio : Era dia dah tamat dah nak kacau mahasiswa plak. First time dalam sejarah negara institusi menara gading dirempuh perhimpunan politik haram.

Anit Aneck : Demokrasi tidak menandakan anda perlu buat ikut suka hati…adakah anda suka keadaan yang huru hara berlaku di malaysia.

Imran Hj Ngah : Dulu satu keluarga ni dihormati orang lain sekarang jadi sampah masyarakat.

Nur Faizuddin : pemimpin yg baik tidak akan memalukan negaranya sendiri di luar negara.. anuar ? kutuk Malaysia dkt media luar.

Kucha Lana : bagi aku anwarisma perlu dibuang dari Pakatan jika ingin lihat pakatan pergi lebih jauh…beberapa kejadian yang lepas telah buat inspirasi rakyat kabur

Semuga ALLAH terus beri hidayah pada kita semua termasuk Anwar Ibrahim untuk menjadi hambanya yang taat akan perintahnya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved