BUKIT MERTAJAM - Cuci kereta tanpa menggunakan air mungkin sesuatu yang janggal bagi mereka yang pertama kali mendengarnya namun, berkunjung ke Pusat Cucian Kereta Pasti Rindu di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam pasti ia mengubah persepsi pengguna.
Perniagaan cuci kereta milik Zuzaidi Abdul Sani, 33, ini sememangnya menjanjikan keunikan yang ternyata berbeza dari mana-mana pusat mencuci kereta di negeri ini.
Menurutnya, keunikan terdapat di pusat mencuci kereta miliknya adalah tidak menggunakan air sepenuhnya ketika proses mencuci kereta dilakukan.
"Uniknya di sini, saya hanya menggunakan alat khas yang disemburkan pada keseluruhan kereta. Selepas itu hanya lapkan bahagian yang disemburkan itu dan hasilnya sungguh menakjubkan.
"Alat yang digunakan hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit sekali gus menjimatkan masa dan tidak memerlukan pelanggan untuk menunggu kenderaan mereka siap dicuci dalam jangka masa yang lama," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, sambutan awal diberi pelanggan agak suram disebabkan kaedah mencuci ini boleh dikatakan baharu dan antara yang pertama di negeri ini.
"Pelanggan yang datang ada juga mempersoalkan kaedah digunakan ini. Mereka hairan apabila diberitahu bahawa kenderaan mereka tidak perlu dicuci sepenuhnya menggunakan air.
"Namun, setelah mereka melihat sendiri bagaimana kenderaan dicuci, barulah keyakinan terhadap perkhidmatan kami ini mula mendapat perhatian dan hasilnya sambutan yang diterima buat masa ini amat memberangsangkan," katanya.
Zuzaidi berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah semasa menetap di Kuala Lumpur.
"Namun, setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan di sana, saya mengambil keputusan untuk pulang dan membuka perniagaan ini di sini bersama isteri," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
kreatif..jimat masa, jimat air, jimat bil air :)
November 29, 2014 at 1:14 PM
Post a Comment