Kalau dilihat dari gambar-gambar ini, memang sudah cukup menggambarkan bahawa remaja masa kini yang lebih berani menunjukkan perlakuan tidak senonoh kepada orang ramai terutama sekali apabila mereka memuatnaik gambar di dalam laman sosial.
Seperti yang kita tahu rata-rata penduduk di Malaysia ini mempunyai akaun laman sosial, dengan sekali tekan sahaja semua gambar tadi boleh tersebar.
Bukan nak mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi untuk peringatan semua pihak terutama remaja kerana perkara ini tidak dipandang dengan lebih serius.
Kebanyakkan orang akan berkata "biarlah, dosa masing-masing tanggung" tetapi harus diingat gejala ini boleh merebak dan mungkin akan terkena tempias saudara mara, adik - beradik, anak kita nanti jika tidak dicegah dari sekarang walaupun gejala ini sekarang ini boleh dikategorikan tahap bahaya.
Cuba kita lihat dan nilai mana letaknya moral dan persaan malu remaja sekarang ini. Adakah didikan agama yang diajar di sekolah mahupun di rumah tidak cukup? Ataupun undang-undang baru yang lebih ketat perlu diperkenalkan.
Wahai remaja, fikirlah banyak kali sebelum berkongsi gambar sebegini di laman sosial, bukan semua orang suka tengok aksi ko tu, nak MUNTAH DARAH adalah!!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment