Brazil : Tiga orang dihadapkan ke mahkamah Garanhuns minggu ini di atas kesalahan membunuh dua wanita dan cubaan melenyapkan bukti.
Menurut pendakwa raya, ketiga mereka cuba melenyapkan bukti dengan menggunakan daging mangsa sebagai inti makanan yang dimasak menjadi empanadas (karipap) lalu dijual kepada jiran tetanga.
Jorge Beltrao Negromonte da Silveira berjaya memujuk isteri serta perempuan simpanannya untuk membantu melaksanakan pembunuhan itu.
Menurut Jorge, ketiga-tiga mereka adalah pengikut kultus yang mengimpikan ‘penyucian’ dunia dan mengamalkan kanibalisme.
Kegiatan keji tersebut berjaya dikesan polis apabila kad kredit salah seorang mangsa yang telah ditanda diguna oleh para suspek.
Saki baki mayat kedua-dua mangsa ditanam di halaman rumah. Pihak berkuasa turut menemui sebuah buku berjudul Revelations of A Schizophrenic yang ditulis Jorge di kediamannya. Lelaki berusia 51 tahun itu menceritakan perihal keinginan diri yang dambakan pembunuhan.
Hasil soal siasat mengesahkan Jorge dan isterinya, Isabel Cristina Pires, 50, telah memperdaya kedua-dua mangsa dengan mengatakan bahawa mereka sedang mencari pengasuh anak.
Jorge dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun, manakala Isabel dan Bruna Cristina Oliveira da Silva, 25, masing-masing menerima hukuman penjara 20 tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment