ONEXOX
BannerFans.com

KJ cadang skim bantuan untuk orang muda beli kereta

on Thursday, November 27, 2014



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu kerajaan mempertimbangkan secara serius cadangan agar diwujudkan Skim Kenderaan Pertamaku yang mana bakal meringankan beban golongan belia yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan untuk membeli kereta pertama.

Menerangkan skim tersebut, KJ menjelaskan orang muda yang ingin membeli kereta buat kali pertama akan dikecualikan cukai atau duti eksais sekaligus mengurangkan harga pembelian kereta dan secara tidak langsung mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh golongan tersebut.



“Kita perlukan satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap mereka dijauhi daripada sumpahan muflis,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, memetik laporan dari Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, KJ menegaskan skim tersebut hanya boleh dilaksanakan keatas kereta yang berharga sederhana. Selain itu kereta itu juga mestilah dipasang dalam negara. Menurut KJ lagi, langkah ini berbeza dengan cadangan yang diberikan oleh pembangkang iaitu potongan cukai untuk semua pembeli kenderaan


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved