Seorang pengguna Facebook, Balqis Sheikh, hari ini memuat naik satu pendedahan mengejutkan yang melibatkan kos reka bentuk jersi baru untuk Skuad Negara.
Menurut Balqis, kos bagi rekaan baru jersi Skuad Negara adalah RM400,000. Ini adalah untuk rekaan sahaja.
Kos ini dikatakan dicaj oleh Melinda Looi.
Balqis juga mempersoalkan, bagaimana Kementerian Belia & Sukan menentukan jumlah rekaan sebanyak RM400,000 ini sangat berpatutan?
Dia sekali lagi mengulangi, harga RM400,000 itu hanya untuk kos rekaan sahaja. Bukan untuk material ataupun upah jahitan.
Khairy Jamaluddin perlu memberikan penjelasan mengenai isu ini. Adalah tidak wajar rekaan jersi sahaja telah menelan kos sebanyak RM400,000.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment