ONEXOX
BannerFans.com

Video : Anggota Polis Traffik kena langgar di jalan Semantan KL

on Friday, November 14, 2014



Satu video yang merakamkan kejadian seorang polis trafik yang sedang bertugas dirempuh oleh sebuah kereta perdana di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, semalam telah dimuat naik di laman Youtube.

Mengikut video tersebut, polis tersebut dilihat berhenti di tengah jalan bagi memberhentikan trafik. Namun setelah beberapa saat polis tersebut dilihat berada di tengah jalan, sebuah kereta perdana datang merempuhnya dari bahagian sisi belakang.

Akibat rempuhan itu, polis tersebut bersama motornya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selepas kejadian, anggota polis trafik dan juga orang awam membantu mangsa

Jika dilihat pada saat kejadian, boleh dilihat kesan tayar akibat brek di atas jalan kerana pemandu tersebut cuba brek secara mengejut.

Ini lah cabaran dan risiko yang terpaksa di hadapi oleh setiap anggota polis trafik, mereka sentiasa terdedah kepada bahaya demi tugas dan keselamatan orang ramai.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved