ONEXOX
BannerFans.com

Video dan 10 gambar Tasik Biru di Johor yang menakjubkan

on Saturday, November 29, 2014



Kemunculan gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.

Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.

Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.

Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.













Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya.

Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.




Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.

Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu  membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved