Pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam web rasminya telah mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap ulamak besar Islam iaitu Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas mengeluarkan amaran sejak awal bulan lalu.
Yusuf Al-Qaradawi dikehendaki INTERPOL kerana kononnya beliau telah membuat hasutan , memberi bantuan untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.
Qaradawi adalah merupakan Ketua Kesatuan Ulama Dunia yang juga merupakan penyokong kuat Parti Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Morsi di Mesir yang telah dijatuhkan oleh rejim Al-sisi.
Sebelum ini Qardawi telah mendesak rakyat Mesir untuk memulaukan keputusan Pilihan Raya Presiden Mei lepas yang menyaksikan bekas Jeneral tentera Abdel Fattah al-Sisi menang.
Dengan perkembangan ini pasti akan menaikkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana ia membabitkan Ulamak Besar di dalam dunia Islam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
siapa yang salah sebenarnya ni? - kedaionlinemy.com
December 23, 2014 at 10:07 AM
Post a Comment