ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Sayu Hati : Nasi berkuah budu, jika tiada wang makan ubi kayu

on Friday, December 5, 2014



Kota Bharu : Setiap hari kami terpaksa catu makanan dengan hanya makan sekilogram beras berkuahkan budu untuk kami tujuh beranak.

"Kalau tidak cukup duit, kami terpaksa makan ubi kayu dan pisang rebus untuk beberapa hari," kata Zaiton Mamat, 41, yang hidup dalam keadaan daif bersama suami dan lima anaknya berusia antara tiga hingga 19 tahun di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh, di sini sejak lima bulan lalu.

Lebih menyedihkan, mereka terpaksa menggunakan generator selepas bekalan elektrik di rumahnya dipotong sejak setahun lalu dan menggunakan dapur kayu untuk memasak.




Dua anaknya, Mohd Lukman, 19, dan Mohd Hakim, 14, terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk membantu keluarga manakala seorang lagi anaknya, Nur Arisya Amina, 4, tinggal dengan ibu saudaranya di Kuala Lumpur kerana kesempitan hidup.

Zaiton berkata, kehidupan keluarganya mulai berubah selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abdullah, 45, yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak boleh bekerja kerana menghidap penyakit ketumbuhan di perut.

Ini lah rutin setiap hari yang terpaksa di tanggung oleh ibu tunggal ini, diharap pihak-pihak berwajib dapat membantu mebela nasib dan kehidupan mereka itu.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved